Tuesday, October 30, 2012

ADAM DAN HAWA episode 25-28

Assalamualaikum....

Amacam...best tak cerita ni...Touching tak?wakakaka
meh tgk sambungan seterusnya....


Episode 25




 
Adam sudah mengetahui mama dan ibu mertuanya yang merancang untuk memberi peluang kepadanya berbaik dengan Ain.Ain turut merasa dalam keadaan serba salah dan dilema apabila mengetahui ibu mertuanya turut ada bersama Adam dan tidak sampi hati untuk mengecewakan mereka.Dalam pada itu Adam dan Ain tetap ‘bertegang urat’ kerana Adam sering mempersoalkan banyak perkara sehingga Ain mula naik angin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Episode 26


Adam merasa kecewa kerana walaupun cuba bersikap jujur Ain masih tetap berkeras hati dan tidak mahu memaafkan Adam.Lebih teruk, Ain tidak boleh melarikan diri dari Maria dan sering bertemu di Masjidil Haram ketika menunggu waktu solat. Azir yang sudah sembuh juga diperkenalkan kepada Maria.Apa yang mengejutkan Azie yang buat pertama kali bertemu ketika terserempak di luar masjid mula merasakan sesuatu. Apakah yang membuatkan Azie kaku ketika bertemu Adam?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Episode 27


Maria tidak putus asa untuk terus memujuk hati Ain. Pelbagai cara dan kesempatan dilakukan oleh Maria untuk memberi ruang kepada mereka berdua kembali berdamai. Entah mengapa kali ini Ain mula menerima pelawaan Adam untuk berbual dan perkara ini mula membuatkan Ain Goyah dengan perasaannya sendiri.Malah mula melihat perwatakan Adam yang sayang tidak berbelah bagi terhadap ibunya. Perkara tersebut membautkan Ain lebih tersentuh hati dan Adam amat bersyukur apabila dirinya dihargai seorang isteri.Secara perlahan Maria dapat merasakan sesuatu terhadap Ain dan Adam. Namun ada suatu perkara yang Ain masih tidak pasti dan ini membuatkan dia masih berhati-hati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Episode 28


Jika ada ruang antara mereka, Adam akan cuba sedaya upaya mempertahankan haknya iaitu Ain Hawani masih isteri dan akan tetap menjadi miliknya sampai bila-bila. Situasi tersebut membuatkan Ain semakin kurang selesa dan mula merasa mual dengan sikap Adam sebegitu rupa.Isu rumahtangga masih menjadi topik utama pergaduhan mereka dan Adam masih menganggap mereka masih suami isteri yang sah walaupun telah berpisah lama sejak 8 tahun yang lalu.Namun Adam masih cuba yakinkan Ain, kasih sayang dan cintanya pada Ain makin berkembang hari ke hari dan tidak sanggup kehilangan Ain lagi.

best x?
hihihi.....layan lah yer bersambung-sambung smpai korang jemu :P

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿