Adam & Hawa menyaksikan CIkgu Zauyah mula menunjukkan
iri hati kerana Ain dan Adam mula rapat di antara satu sama lain.
Perkara tersebut menimbulkan perkara kurang senang antara Cikgu Zauyah
yang mula memburukkan Ain dan Adam kepada Dee.
Ain pula tidak mahu hubungan intimnya bersama Adam disalah erti kerana
tidak mahu jatuh cinta dengan Adam yang sememangnya diketahui seorang
‘playboy’. Jadi apakah kesudahan Adam & Hawa untuk episod kelima ini
nanti?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Episode 6
Ain tekejut apabila melihat sesuatu di atas mejanya. Yang pasti benda di
atas meja Ain membuatkan dia tersenyum riang. Adam pula semakin selesa
dan tidak mahu mengaku bahawa dia yang meletakkan hadiah tersebut di
atas meja Ain.
Sementara itu, Maria yang juga mama kepada Adam mula merasa tidak senang
hati dengan tingkah laku Dee yang mahukan Adam meminangnya secepat
mungkin. Perbuatannya itu membuatkan Maria semakin marah dan tidak
selesa kerana berani memaksa Adam secepat mungkin mengikat pertalian
yang sah antara mereka berdua.
Apakah yang akan dilakukan Adam untuk memberitahu perkara yang
sebenarnya kepada Ain dan Dee? Mampukah Adam melakukan sesuatu untuk
terus mengekalkan persahabatan nya yang semakin akrab dengan Ain?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Episode 7
Kah Zah cuba mencungkil rahsia hati Ain terhadap Adam tetapi sedaya
upaya berdolak dalih tentang isu cinta mereka berdua. Dia juga takut
jikalau Kak Zah mula memandang serong padanya.
Sementara itu Sharina, sepupu kepada Ain masih tergila-gila kan Adam dan
sering becerita tentang lelaki pujaannya itu. Perkara tersebut
membuatkan Ain tidak mula merasakan seolah-olah itu adalah tanda
peringatan supaya ‘jangan menganggu Adam’.
Adakah Ain akan meneruskan niatnya untuk mengenali hati budi Adam selain merapatkan hubungan persahabatan mereka?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Episode 8
Ain mula mendapat idea dengan mengumpan Sharina untuk menggantikannya
membantu Adam kerana Ain tahu Sharina pasti akan sanggup buat apa sahaja
demi dapat bersama dengan Adam walaupun dia berada dalam keadaan yang
sakit.
Lebih kecoh apabila isu Adam dan Ain yang membuat temu janji mula
tersebar di Tadika Puncak Ilmu. Ini lebih menambahkan kemarahan CIkgu
Zauyah tentang isu tersebut.
Apakah yang bakal terjadi nanti tentang selepas berita tersebut tersebar di tadika tempat Ain mengajar?
to be continue......
No comments:
Post a Comment