Assalamualikum...
Dah puas bermarathon, sekarang kita boleh follow episode terbaru yer...
Adam rimas dengan cara Dee untuk dapatkan
cintanya. Ain kini pulak sering teringat-ingat kata-kata nasihat dari
mak dan mertuanya…mula sedar walaupun sejauh mana Ain pergi atau lari
hakikatnya Ain Hawani dan Adam Muhkriz masih suami isteri yang sah..!!Ain mula tak senang duduk dengan plan yang Mak Johan buat…bertandang sambil merisik Ain.Dalam masa Johan terkejut
dengan plan maknya yang mendadak..malah Azie juga mula ada rasa
cemburu. Johan jadil serba salah bila Azie pun nak join sekali untuk
bertandang ke rumah mak Ain di kampong kerana Azie tak tahu tujuan mak
Johan ke kampong.Normah yang serba tak kena terpaksa juga
menyediakan hidangan untuk tetamu. Ain dan Eja sedang berkira-kira apa
yang akan terjadi bila mak Johan sampaikan hajatnya dan yang jadi mangsa
tentu sekali ibu mereka...!!Kehadiran Johan dan keluarganya
memang dinantikan tapi kedatangan Azie bersama keluarga Johan membuatkan
Eja terasa ada sesuatu yang tak kena…kenapa Azie kena ikut sekali..!!Azie masih berteka-teki tentang tujuan utama mak dan ayah Johan, siap 'ugut' Ain. Tapi Ain buat biasa aje.Faridah terus terang dengan niatnya. Normah
tak senang duduk kerana dia tahu Ain masih tak berterus terang dengan
statusnya. Cadangan Faridah untuk mengikat tali pertunangan dan
mempercepatkan pernikahan Johan dan Ain membuatkan bagai malapetaka yang
menimpa hidup Normah…!!
Musim buah sedang lebat. Johan teruja
memetik buah-buahan begitu juga Azie. Azie akan ikut kemana aje Johan
akan pergi. Perbuatan mereka berdua Eja dan Normah perasan..!Dee ada mengupah
seseorang untuk mengekori Ain dan Adam. Dee nak tahu setiap apa saja
perbuatan mereka. Dee dapat rasakan Ain tak tinggal bersama Adam. Dee
akan cari cara untuk dapatkan Adam juga.
Normah naik angin dengan
Ain bila Ain tak serius tentang statusnya. Ain pulak rela bercerai dan
sanggup pilih Johan dari Adam. Terang-terangan Johan memang baik dari
mula berkenalan hingga sekarang Johan sentiasa menjaga hati dan perasaan
Ain. Ain membandingkan Johan dan Adam. Normah marah tentang kebodohan
Ain dalam menilai siapa Adam.Normah tetap dengan
keputusannya Adam tetap menantu bukan Johan. Normah nak Ain cepat
selesaikan masalahnya. Berterus terang pada keluarga Johan, jangan
sampai menjadi kudis pada keluarga mereka nanti.Azie yang galak makan rambutan dan dengan tak
disangka-sangka asma Azie menyerang membuatkan Johan orang yang paling
panic sekali. Faridah dan suami nya juga jadi tak senang duduk melihat
Azie yang sihat tiba-tiba sakit.Eja dan Normah cuba
pertahankan Adam dan perubahan yang baik untuk menjadi suami yang
terbaik untuk Ain. Tapi Ain tak nampak tu semua. Dalam keadaan
stress tu Eja cuba yakin Ain, perubahan yang ada pada Johan dan Azie
ketika mereka di rumah siang tadi. Ain tetap pertahankan cara Azie yang
peramah dengan siapa aje..!! Ain marah bila Eja cuba burukkan Azie…
Normah dan Eja cuba saiko Ain tentang
perasaan Azie dan Johan. Ain langsung tak notis semua itu dan kini
sering jadi tanda tanya pada Ain.Johan menjaga Azie sepanjang
Azie terlantar di hospital. Azie makin rasa selesa dengan Johan. Mula
membandingkan dirinya dengan Ain. Normah terus memujuk Ain..buangkan perasaan terhadap Johan, biarkan Azie terus bersama Joha
n. Johan berhak untuk dimilki bukan mainkan perasaan Johan.Dee cuba lagi untuk 'membeli' hati Adam, malah sanggup malukan dirinya
depan Zul kawan Adam. Zul pun heran kenapa Dee sanggup buat semua demi
Adam..!! Johan beranikan diri membawa Azie ke rumahnya, dengan
alas an risaukan Azie kerana Ain tiada di rumah takut Azie sakit lagi.
Azie suka bukan main bila Johan terlalu ambil berat tentangnya. Johan terkejut bila maknya secara senyap-senyap sudah melamar Ain
untuknya. Buntu Johan tentang perasaanya sekarang ni..keliru..
Adam terus cuba memenangi hati Ain dan ketika itu Ain juga mula terasa dirinya ingin dibelai seperti seorang wanita lain juga. Tetapi Ain terfikir mengapa Adam tidak pernah jemu walau bertahun dirinya berpisah dengan suaminya itu.Azie pula cuba pikat hati Johan secara diam-diam tetapi Johan tidak pernah mengetahui perkara tersebut. Pada Johan dia mengambil berat tentang Azie kerana mereka seperti rakan baik sahaja.
No comments:
Post a Comment