"ISTANBUL AKU DATANG" ??
Ish kalau la ayat " Istanbul Aku Datang" tu benar-benar membawa aku kesana,alangkah seronok dan bahagianya hidup aku...MUNGKIN...suatu hari nanti ,InsyaAllah
Filem yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni, di fb kawan-kawan dok cerita kata filem ni best,lg2 si Lisa yang nmpk comei tu...Bertangguh dari sehari ke sehari dan akhirnya aku pergi beli CD,haruslah yang ORIGINAL yer...hahaha....dan dapat jugak aku melayan filem Istanbul Aku Datang bukan 1x tapi 2x..eh tak cukup 2x aku boleh ulang smpai aku bosan sebab dah cd kan...
Best jugak filem ni,Cerita cinta dan ada juga terselit komedi.Jangan kata aku jer layan filem ni,anak aku si Tasha dan Talia pun suko,klu boleh nak suruh buka hari-hari....hehehe...Keindahan pemandangan negara Istanbul,Turki buat aku terpukau dan hasil lakonan si Beto yg romantis tu....perrrhhhh SUKA .. SUKA .. SUKA (
Oh BETO *angau
Lisa nampak comel
Cantik dan sangat-sangat stylista
lakonan Tomok yg aku rasa oklah,
tak delah kaku sangat walaupun percubaan pertama
nak tgk koleksi gambar yg comei-comei klik SINI
Istanbul
Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan
dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang
sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya,
Azad lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di
sana.
*sumber - Abg G
Sekian, Terima Kasih
Dalam diam,
niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan
dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya
Azad akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin
dengannya.
Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya,Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.
Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.

No comments:
Post a Comment