Saturday, December 8, 2012

JELAJAH HO CHI MINH CITY Part 7


Assalamualaikum
Sambungan seterusnya....

Lepas jer keluar dari Muzium banyak teksi-teksi yg memanggil-manggil...memandangkan kami belum buat keputusan nak kemana pada waktu itu dan kemungkinan ada yg mendengar perbualan aku dan Ana nak ke Ben Thay Market (CHINA TOWN),so adalah sorang ni datang dan tunjukkan peta bergambar Ben Thay Market,dan kami pun naik teksi ke sana...Bayaran teksi sekitar 200,000VND.
Dah smpai Ben Thay Market , dh bayar dan pemandu teksi sempat berpesan agar menjaga purse dan barangan berharga yang dipakai sebab banyak penyeluk saku di sana.Oleh itu aku membuat keputusan tidak mengeluarkan kamera yg aku bawa...maka dgn itu tiada sekeping pun gambar kami bershopping dan memborong kain di Ben Thay Market.

ni jer yg sempat aku ambil....tu pun dlm teksi :)



Kain-kain dan di sini ok lah..boleh sangat-sangat kalau nak beli,cuma kos teksi nak ke sana jer mahal sikit,tp klu pergi ramai aku rasa berbaloi dan kos teksi pun tak terbeban.Semasa di Ben Thay market jugalah kami baru teringat nak belajar cakap Vietnam iaitu Terima kasih atau dalam bahasa Vietnam, (Cam Earn), dah nak balik baru nak belajar...hahaha

Lebih kurang 2-3jam di Ben Thay Market kami kembali ke hotel dengan menaiki teksi.Dalam perjalan balik ke hotel tu di dalam teksi aku terkejut melihat meter teksi yang hampir mencecah 1,000,000VND..
ha biar betul?
mahal gila?
tersangat-sangat terkejut time tu,tak pasal-pasal bertimba-timba kami carutkan pemandu teksi tu.Aku siap kata dekat Ana "Habislah...dah kena tipu"

Sebaik jer sampai di Pasar Ben Thanh..sekali pemandu teksi tu cakap  200,000VD hahahahah..dah berbakul-bakul kena maki dan kami dua gelak sebab dah tersalah maki orang dengan harapan pemandu teksi tu tidak faham....hahahaha
Balik dari shopping,budak hotel tegur sebab beli barang banyak dan Ana cakap nak pinjam penimbang hotel...

 
wooow...lupa diri wei shopping

Buat kali terakhir untuk malam terakhir kami di HCM,kami keluar untuk menikmati makan malam di Restoran Champa


 
dah tak tahu nak makan apa...so kami order NASI GORENG AYAM

 
seperti biasa menu wajib bg Ana, "SOTONG"
KARI SOTONG
 
kenangan dari kedai Pak Cik Halim,kopi Champa yg tersangat-sangat sedap,aku beli 3kg,berat beg aku...huhuhu

 
Hari-hari terakhir sebelum meninggalkan Ho Chi Minh City yang penuh suka duka dan gelak ketawa aku dengan si Ana.
Kami ke HCM 1 beg , Balik HCM jadi 3 beg..fuuuhhhhh..............overlimit baggage.
Pukul 8.00pagi (Vietnam) aku dan Ana dah keluar bilik. Sementara menunggu Pak Cik Halim kami menuju ke Ben Thanh Market buat kali terakhir..si Ana sempat sambar 1 beg kulit dengan separuh harga,sebab kedai baru buka,nak tak nak tukang jual kena bagi harga tersebut...baru ada "ONG.
Aku nak beli Shaun the Sheep untuk si Talia,bila minta kurang tukang jual tak nak bagi,aku terus blah tak mau beli...huhuhu
Terus ke kedai P.Cik Halim sebab nak ambik roti yang dah dipesan,rupa-rupanya Pak Cik Halim baru bangun tidur...huhuhu,dia minta kami tunggu 10minit,kesian pulak ...sanggup berkorban demi kami :)
 
ha....hambik kau 4biji ,so sorang 2biji...
menikmatinya buat kali terakhir
Kami Check-out dan teksi airport yang telah di booking pada hari pertama kami tiba ke HCM ni telah pun sedia menunggu.....
Sampai di Airport.

suasana airport yg tenang membuatkan hati kami tak tenang...

 
nak hambik....beg melebih-lebih
  aku tak ada plan nak beli banyak,disebabkan kwn-kwn si Ana kirim mcm-mcm dgn dia so aku tumpang sekaki,lama-lama berkaki-kaki beg aku...
Ana,sibuk sms kawan kami di Malaysia....
tanpa balasan darinya,lagilah buat hati kami tak tenang...huahuahua
*nak menangis dh time ni,tp aku tahan

masih mampu tersenyum...walaupun terpaksa  :p

Sambil menunggu masa utk balik ke Malaysia, macam-macam dalam fikiran...arrrggghhh tak yah ceritalah,

 
2.30petang(Vietnam)..hujan turun dengan lebatnya dan nasib flight tidak delay.


 Selamat tinggal HCM..


Menu yang aku order online.....

kembung aku makan roti jer arini,dari roti Pak Cik Halim sampai dalam flight pun roti

Ana setia dengan menunya Nasi Briyani

Sampai jer LCCT,aku dan Ana bergegas ke kawasan luggage sebab Ana akan naik flight terus ke Alor Setar dan aku sedang memikirkan nak balik naik BAS+ERL+LRT+TEKSI @ naik TEKSI terus ke muka pintu...gara-gara En Husband aku terpaksa kerja pada 24hb tu...
Selesai jer ambil beg,aku teman Ana ke penerbangan domestik sebab Ana belum beli luggage utk balik ke Kedah,Malangnya dah tak boleh beli sebab kalau nak beli online mesti 4 jam sebelum penerbangan.dan sepatutnya Ana balik dengan flight terpaksa ambil bas di Hentian Duta.Aku naik teksi dengan Ana,aku balik rumah dan Ana ke Hentian Duta untuk meneruskan pengembaraannya....

Sepanjang hidup aku,inilah pengalaman pengembaraan yang memang tak boleh aku lupakan.Macam-macam perasaan aku rasa ketika pengembaraan aku ini...Sesungguhnya, Ho Chi Minh membawa aku ke satu dunia di mana,kita perlu bekerja kuat untuk hidup demi sesuap nasi dalam mengejar arus kemodenan dan bertuahnya diri dilahir dan dibesarkan di bumi Malaysia..

Apa-apa pun akan aku sematkan "MEMORI TERINDAH" ini dalam ingatan
and this is my GREAT EXPERIENCE IN MYLIFE

sekian dan terima kasih kerana sudi membaca penjelajahan aku di bumi Saigon ini
nak tahu tip ke HCM SINI 




3 comments:

  1. salam akak, tumpang tanya akak borong sakan ada x kena tahan kastam vietnam?

    ReplyDelete
  2. kem salam kat ana tu..ex smvsp2

    ReplyDelete
  3. eh iera kot..lupa dh namanya..

    ReplyDelete

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿