Assalamualaikum,
Sebenarnya dah lama aku nak update cerita ni,memandangkan byk sgt yg nak aku kongsi maka aku tangguhkan entri yg aku rasa tidak berapa penting ini...mmmmm, rasanya bulan NOV 2012 aku beli CD & tonton filem ni...oklah nak kata boring tu tak lah,sweet2 jer cerita ni...
Populariti kedua-dua pelakon menerusi drama bersiri Tentang Dhia,membuatkan pasangan ini digadingkan sekali lagi dalam Filem terbaru Aku terima nikahnya.
Romantik , Sweet , Sedih semua ada dlm filem ni....touching you....
SINOPSIS AKU TERIMA NIKAHNYA
Aku Terima Nikahnya mengisahkan perjalanan cinta tragis antara Johan dan Arlisa. Selepas diijabkabulkan, mereka menjalani kehidupan yang begitu bahagia kerana masing-masing dipertemukan atas dasar cinta yang mendalam. Namun ajal maut, jodoh dan takdir itu di tangan Tuhan apabila pasangan romantis ini dilanda dugaan terbesar dalam hidup mereka.
Johan terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkannya mengalami Selective Amnesia (lupa ingatan) selepas kepalanya terhantuk kuat. Apabila sedar daripada koma, Johan hanya ingat kisah hidupnya hingga tarikh sambutan majlis hari jadinya yang ke-31 yang ketika itu dia belum lagi bertemu isterinya, Arlisa.
Kesannya, Johan tidak mengenali Arlisa dan bermulalah konflik antara mereka. Bayangkan, Johan tidak mampu menerima Arlisa walaupun isterinya berusaha memulihkan ingatannya dengan pelbagai cara termasuk membawanya ke tempat yang pernah mereka pergi bersama, lokasi perkahwinan dan tempat pertama kali mereka bertemu.
Lama berusaha, Johan masih kekal sama, mengetepikannya dan mula tertarik kepada sahabat baik Arlisa sendiri, Suriya lakonan Mon Ryanti. Arlisa mula berputus asa dan mengambil keputusan untuk melepaskan dirinya.
Namun kuasa Tuhan tiada siapa dapat menduga, kemelut yang melanda tidak berpanjangan dan doa Arlisa akhirnya terjawab.
So Sweet Adi Putra dan Nora Danish
No comments:
Post a Comment