Thursday, January 17, 2013

BREAD PUDING @ BENGKANG ROTI



Assalamualaikum,

yeah......dan arini aku nak share resepi lagi
siapa-siapa yg surirumah tu boleh buat minum petang ni ....yg berkerja try masak hari minggu ni sebagai menu minum petang sebab resepi aku ni senang , mudah , simple dan yg pasti SEDAP :)

 
ni rupa yg dh siap....



nmpk serabut sebab baru keluar Oven & Tasha nak makan,so terus potong 
potong dh sejuk sikit cantik ler....
mkn pula dgn Ice Cream Vanila....perrrrhhhh 


nak bahan-bahan dan cara buat...?
tengok sini ye....

*nak guna brand apa pun ikut korang*  
 
antara bahan-bahan
1 buku roti @ kulit roti - terpulang nak guna yg mana
1/2 kotak susu segar @ 1tin susu cair - terpulang nak guna yg mana
2 sudu majerin @ butter - terpulang nak guna yg mana
2biji telur
kismin hitam
 5 sudu besar gula
secubit garam

1- sapu loyang dgn butter/majerin
2- rendam roti , lps tu perah roti tu,kalau tak nak perah korang letak air utk rendam tu sikit jer supaya nanti xbyk air yg masuk dlm adunan tu,
3- kemudian masukkan semua bahan-bahan yg aku senarai kat atas tu dan gaul rata
4- dah siap akan jd mcm gmbr di bwh ni
'
'
'
'
'
'
5- kemudian bakar dlm over selama 1jam - 1jam 45minit @ lebih senang korang cucuk lah tengah tu tgh dah masak ke belum

 dah siap masak mcm ni lah rupa BREAD PUDING aka BENGKANG ROTI

 Sejukkan dulu yer....jgn mcm aku potong terus so rupa tak cantik,
korang try lah...nak sedap lg mcm aku ckp letak Ice Cream Vanilla , Ceri ke....hahaha

masuk hotel menu ni cenonet jer dh RM6-RM7 tau...
klu buat sendiri boleh jamu sekawan 

Selamat Mencuba 

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿