Friday, March 1, 2013

NASI GORENG CENDAWAN

Assalamualaikum,

Pagi Jumaat yg tenang dan pembuka bulan Mac ni aku nak berkongsi resepi yg aku masa dua hari lepas...Mcm biasa aku akan campak , baling , kacau & siap :p



Bahan2


Nasi (wajib-klu tak xnama nasi grg)
Cendawan Oyster (wajib - klu tak xnama nasi grg cendawan)
Carrot @ Mix Vege (apa yg ada dlm peti sejuk korang)
Telur
Cili Padi/Cabai melaka - dicincang halus - ikut suka korang nak tahap kepedasan yg mcm mana
Bawang Putih - 5 ulas di cincang
Garam

Cara Memasak
1- Tumis bwg putih & cili padi (cabai melaka) smpai naik bau
2- Kemudian masukkan carrot@mix vege , cendawan dan telur...
3- Kacau sebati smpai telur masak , kemudian masukkan nasi , garam buh nasi , garam..kacau lagi...letak perasa/garam ...........................dh siap

Senang jer kan?
Tak payah nak susah-susah makan nasi grg cendawan kat kedai.....tapi kdg2 makan juga kat kedai , sebab ni time aku rajinlah,aku masak......hahahaha

Selamat Mencuba , chow
 

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿