Assalamualaikum,
KEK BATIK !! KEK BATIK !! KEK BATIK !!
Awal-awal dh buka cerita bab makan...mcm mana tu? mcm mana apa ... mcm mana nak kurus lah labu :)
Actually dh lama kau buat, time aku menyepi aritu lah...hehehe, tapi baru bulan ni aku nak share...
mengidam kek sejak 2 menjak ni....so aku try buat...MENJADI HOKEY
*ikut suka korang nak pakai brand apa, ni brand yg aku beli :)
Bahan-bahan:
1 bungkus biskut marie (Dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter (250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu cair. Kacau non stop
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat
7. Angkat, dan masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi
8. Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam
Sedia di makan
9. Dah siap utk di makan :)
no1
no2
No 3 & No 4
No 5 & No 6
No 7
No 8
No 9
jemput-jemput makan.... hehehe
TIP
Kalau nak kek batik jadi lembut, masukkan kek dalam fridge bahagian
ais...
Keluarkan 30 minit awal sebelum makan...Kek mesti lembut dan
senang dipotong
SELAMAT MENJAMU MATA
SELAMAT MENCUBA &
SALAM JUMAAT buat sekalian umat :)
bye3x
No comments:
Post a Comment