Sunday, August 17, 2014

TART SOSEJ


Assalamualaikum,

Wokey.....arini rajin sikit buka velog
so nak share resepi ni.......actually resepi ni aku buat masa bulan puasa lepas....teringin nak mencuba,nak merasa & slh satu punca , aku dh jemu dgn kuih muih di bazar....

American Breakfast,yg bernama EGG BENEDICT diolah menjadi TART SOSEJ....Sesuai di waktu pagi & minum petang....


Mudah disediakan , apa jer bahan yg korang terlintas nak buat...boleh jer, mmg sedap

BAHAN-BAHAN
6keping Roti Gardenia
2batang Sosej @ Udang @ apa sj inti yg anda suka
2biji Telur
1/2 cawan susu cair
Serbuk Lada Putih
Garam secukup rasa
Cheese utk topping
Daun Ketumbar - dicincang
Bawang Besar - dicincang

CARA
1- Letakkan roti didalam pan muffin , sebelum tu sapu butter di sekeliling pan muffin
2- Bancuh susu & telur....Kacau & ketepikan
3- Sosej (potong ikut suka) + Daun Ketumbar + Bawang Besar Dadu + Serbuk Lada + Garam , di gaulkan
4- Masukkan inti sosej ke dalam roti , tuangkan bancuhan susu + telur tadi dan tabur cheese.
5- Bakar suhu 170 , selama 20minit @ hingga masak


SELAMAT MENCUBA


2 comments:

  1. nak cuba kat rumah laa.. nampak senang jer nie

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿