Assalamualaikum
Alhamdullilah , cuaca pagi sanggatlah cantik
Itenary Perjalanan hari ini adalah Berastagi - Parapat - Pulau Samosir serta kawasan sekitar Danau Toba.
HOTEL SINABUNG HILL BERASTAGI
view yang sangat tenang
walaupun tenang malangnya lawatan pagi ke Gundaling Hill untuk melihat gunung berapi yang masih aktif di Berastagi iaitu Gunung Sinabung tidak dapat diteruskan, kerana Sinabung masih meletus ketika itu
selesai sarapan pagi di Hotel , kami di bawa ke Pasar Buah (Fruit Market)
jalan-jalan di Pasar Buah (Fruit Market)
beli buah salak & beli sedikit cenderahati
jalan pun masih berdebu
bau kabat yang agak kuat
perjalanan diteruskan untuk ke Parapat
jalan yang berbukit , sempit
pemandu yang cekap mengawal kenderaan
Berhenti di Air Terjun Sipisopiso dan
Rumah Bolon "The Ancient King's Palace of Batak Simalungun"
Air Terjun Sipiso Piso adalah air terjun yang terletak di Dataran Tinggi Sumatra Utara dengan ketinggian 120meter dan 25km dari Kota Kabanjahe.
Next Pit Stop Bukit Indah Simarjarunjung,Danau Toba
minum kopi halia
makan jagung bakar
foto-foto
meneruskan perjalanan ke Parapat untuk makan Tengah Hari di Restoran Tempatan
Selesai Makan, dibawa menaiki bot untuk ke Pulau Samosir
singgah di Kampung Tomok dan Kampung Ambarita, Pulau Simosir Danau Toba
Tomok adalah sebuah perkampungan kecil yang terletak di pesisir timur Pulau Simosir , Danau Kota.
Perkampungan ini tidak terlalu besar. Terdapat banyak makam dan peninggalan zaman purba yang menjadikan lokasi ini sebagai salah satu kebudayaan BATAK yang cukup terkenal di kalangan pelancong. Lokasinya juga terletak di tepi dermaga yang menghubungkan ke Parapat dan juga membolehkan para pelangcong mengunjungi tempat ini.
Terdapat Makam Besar seperti Makan Diraja Sidabutar dan keluarganya.
Muzium Batak, Patung Sigale-gale, Batikursi Tomok, Patung Gajah yang juga mengukuhkan Perkampungan Tomok ini sebagai tempat pelancongan.
ehsan google
Rumah orang batak di Kampung Amberita mempunyai bentuk yang unik dan berbentuk seperti tanduk kerbau. Semakin banyak tanduk kerbau , menunjukan semakin kaya seseorang itu.
dok bincang nak beli apa lagi...hihihi
Kami berada di Perkampungan Tomok ini kira-kira sejam.
Selepas itu kembali semula ke jeti dan menaiki bot untuk menuju ke Hotel yang mengambil masa lebih kurang 30minit.
di hadapan hotel
Selesai Check In di Hotel...berehat seketika dan sebelum Makan Malam,husband aku ajak pusing perkampungan Samosir dengan menaiki moto yang di sewa.
gambar ketika ronda-ronda perkampungan
dan gambar ni jer yang masih ada....huhuhu
gambar Hotel Resort , nama hotel yang kami menetap tu loss habissss
layan video dari anak-anak batak
Horas !
bersambung.............
No comments:
Post a Comment