Assalamualaikum
arini jadual kami free and easy
pusing di sekitar kawasan hotel dan kawasan sekitar PLATINUM.
baju
kasut
handbag
kain
segala cenderahati
boleh beli di Platinum
lagi banyak korang beli lagi murah
sebaris platinum ni juga ada lubuk pemborong segala jenis baju :)
sepanjang hari di Bangkok, susah nak cari makanan dan masakan halal....kalau ada pun orang Pattani yang menjual pulut ayam
nak cari nasi berlauk di sekitar hotel tu, sangalah susah
memandangkan kami-kami-kami ni malas nak keluar...hahaha
dan hari-hari terakhir ni guide yang membawa kami ke Floating tu bagitahu ada FOOD COURT di bawah hotel kami
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
PALLADIUM FOOD COURT
serious sangat sedap
ish ish ish....kenapalah baru jumpa
tiap malam makan buah laici jer
sedap manis
lepas makan.....jalan di dalam PALLADIUM MALL
jumpa deretan kedai urut kaki
murah RM10 jer
sangat rekomen juga
kalau ada lagi lah kedai ni...huhuhu
menyediakan perkhidmatan urutan di hotel
whole body baru RM30
view dari tingkap hotel
Bangkok dengan jem berpisah tiada
tiada aktiviti petang, hanya lepak di pool hotel
keesokan paginya sebelum ke airport kami sempat jalan-jalan di pasar pagi membeli buat kali terakhir
domestik yer....sebab kami turun di hatyai sahaja
singgah hatyai
KHLONG HAE FLOATING MARKET
makan dan makan dan makan
sekian catatan ringkas dari aku mengenai BANGKOK, THAILAND
trip ini pada 2014, memandangkan banyak perkara yang berlaku....makanya post ini terlewat sehingga kini
Semoga aku diberi rezeki yang lebih supaya aku boleh repeat trip ke BANGKOK....aminn
nota kaki:
- nak berjalan tu seeloknya bawalah duit yang mencukupi supaya tidak menyusahkan kawan-kawan yang lain.
- berbelanja ikut kemampuan , dan ala kadar serta ikut bajet yang dibawa.
- bercuti bersama kawan ni kita boleh nampak mana yang ngam , mana yang hauk....jadi hormati lah kawan-kawan
- terima kasih kawan sebab mengajar aku erti menjadi kawan sebenar.
sekian dari aku,
No comments:
Post a Comment