Assalamualaikum
Arini aku nak kongsi bagaimana cara untuk memadamkan akaun Facebook milik anda sekiranya anda telah meninggal dunia.
Risau ada gambar yang tidak senonoh dan tidak menutup aurat anda terus tersebar jadi dengan fungsi terbaharu yang diperkenalkan oleh Facebook ini membolehkan waris anda memadam akaun Facebook anda.
Mari kita lihat cara-caranya :
1- Pergi ke bahagian SETTING & PRIVACY
2- Dan Klik SETTING
3- Pergi ke bahagian PERSONAL INFORMATION
4- Terus ke ruang MANAGE ACCOUNT
di ruang ini anda akan melihat satu ruang yang memerlukan anda klik dan memasukkan pengenalan waris untuk proses penutupan akaun facebook
5- Tetapkan LEGACY CONTACT
Di bahagian ini pula memerlukan anda untuk memilih waris yang anda percayai untuk menguruskan akaun Facebook anda.
6- Sebab memadam akaun Facebook
Untuk langkah yang terakhir , sila pilih - YES DELETE AFTER DEATH
Semoga info ini memberi manfaat kepada anda semua.
No comments:
Post a Comment