Friday, April 5, 2019

1 DAY TRIP HATYAI - SONGKHLA


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,





Alor Setar - Dannok - Sadao - Hatyai - Songkhla - boleh dikatakan ini adalah 1 Day Trip aku bersama kawan aku Afzan & Kak Ct. Dari Alor Setar - Bukit Kayu Hitam seawal jam 6.00pagi 
Selesai Imigresen Malaysia dan sampai di Duty Free Bukit Kayu Hitam lebih kurang jam 7.30pagi
Parking kereta , dan berjalan menuju ke Imigresen Thailand

Memandangan yang akan bawa kami tu adalah bapa aku sendiri dan beliau amat cekap di sana, jadi banyaklah pit stop kami ..........hihihi


Siap isi White Card

"Q" di Imigresen Thailand
Muka-muka happy nak pie perabih duit 😆

Selesai chop Pasport dan Border Pass , kami ke Pasar Sadao untuk makan pagi

Menu makan pagi serupa nak Lunch dah tu ....hihi

ni Bapak aku, dia yang akan bawa kami untuk 1day trip ini

Kos makan 4orang + 2 nescafe ais + 2 teh o ais = 240bath
Semua jenis air RM1
gila muraahhhh

mak cik ni jual roti canai dan kuih depan market sadao

pelbagai kuih muih

Makcik ni jual pulut ayam
Ayam seketoi RM1...pilih lah byk mana pn
dan pulut timbang kilo

Manggis 1kg 20baht  - kat alor setar RM6 
Bunga Kantan 1pokok 10baht

Settle makan, meneruskan perjalanan ke Tesco Sadao 
ampa tau aku borong apa kat tesco sana

hilang ingat kalau bab shopping

kawan-kawan kirim


Selesai Tesco Sadao , kami singgah di Nat Ban Prik lebih kurang 9km dari Sadao 
Dkt Ban Prik ada Nat, banyak barang basah...tapi aku hanya membeli kuih ni jer, 




Next Pit Stop di Ban Yan Yung , Hatyai
Sangat sesuai buat pengemar Bundle, kiranya sini macam Bundle Heaven lah ...hahaha
Tapi ada juga New Item, 
Makanan pun banyak....kalau tak mewah dengan makanan bukan Thailand namanya


ni dinamakan sidai "sotong kering"

Murah weiii....duit RM dalam RM15 jer


Banyak lagi barang bundle , handbag, baju , jaket, seluar, barang rumah, mainan budak
ish...banyak.....pie cari nak apa, mesti jumpa 


dan kami meneruskan perjalan ke Songkhla

ni baru betul-betul hebat...hahaha
mengkalu di Malaysia ni agak-agak kena saman ke idok??

Masjid Songkhla
dan dalam ni juga terdapat Pej. Agama yang tempat org pie Nikah tu...huhuhu

dan sampai di SONGKHLA CITY 


Sampai-sampai depa ni terpa pie beli COCONUT ICE CREAM



Selesai makan eskrem 
dan selesai sesi melepak, sesi foto-foto , sesi segala sesi
dan bergerak pulang ke Hatyai

merata &eleven aku singgah
last jumpa dekat 7e Songkla sebelah Hotel Samila Beach...haishhh


Dari Songkhla - BUKIT HATYAI @ CABLE CAR
tujuan asal tu nak makan laksa siam
Malangnya Laksa Siam Katup...cia cia cia 



dok pulun tunjuk Masjid Songkhla....hahaha


Dari Cable Car @ Bukit Hatyai kami singgah di CHANG PUAK CAMP




Orang terlalu ramai , dan banyak sangat bas pelancong jadi kami hanya berfoto dengan anak gajah
dan
destinasi terakhir, KLONGHAE FLOATING MARKET











memusing-musing jalan  tengok makanan yang nak di beli
pusing kiri sama
pusing kanan sama

dan akhinya.....

beli telur + seafood serupa kat rumah tak leh buat...hahaha

aku dok kata dah.......hahaha
sejenis #pulun

1 box 40bath


dan aku setia bersama Hello Kitty kuuuu
dan Takoyaki 


last shopping kekacang di Floating Market 

eh....belum last lagiiii

Afzan & Kak Ct shopping Tshirt 100bath

Selesai sampai di Dannok jam 6.30petang
Beli pulak Pulut Ayam dan sampai di Alor Setar jam 9.00malam
#enjoy #daytrip


LOVE,

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿