Sunday, April 7, 2019

KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


gambar hiasan - Tq En Google

Pengambilan vitamin juga perlu dalam kehidupan seharian, dan vitamin B complex antara yang penting.

Vitamin B memiliki 8jenis iaitu Vitamin B1 , B2 , B3 , B5 , B6 , B7 , B9 dan B12.
Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
Berikut penjelasan mengenai jenis vitamin B.


Vitamin B1 (Tiamin) 
Fungsi: Mengubah zat karbohidrat dalam makanan menjadi tenaga
Sumber: Nasi,Roti,Cereal,Tepung Gandum, makanan laut seperti udang , kerang.

Vitamin B2 (Riboflavin)
Fungsi: Menjaga kesihatan mata dan kulit
Sumber: Susu,keju,ayam,brokoli ,bayam

Vitamin B3 (Niacin)
Fungsi: Untuk kesihatan kulit , meningkatkan nafsu makan, memperbaiki sistem pencernaan serta membantu mengubah makanan menjadi tenaga
Sumber: Padi , Kekacang, Daging Lembu

Vitamin B5 (Pantothenic Acid)
Fungsi: Sama seperti vitamin B yang lain, vitamin B5 berguna dalam proses pemecahan lemak,protein , karbohidrat menjadi tenaga.Manfaat lainnya adalah untuk pembentukan sel darah merah dan membuat vitamin D
Sumber: Ayam , Ikan Sardin , Avocado , Nangka

Vitamin B6 (Piridoksin/Pyridoxin)
Fungsi: Diperlukan dalam proses asid amino dan lemak
Sumber: Daging Lembu, Ikan, Kentang, Tomato , Pisang, Buah yang berwarna unggu dan sayuran hijau

Vitamin B7 (Biotin)
Fungsi: Membantu dalam proses pemecahan lemak,protein menjadikan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh
Sumber: Daging Ikan Salmon, Telur , susu, cereal , pisang dan kacag tanah

Vitamin B9 (Folic Asid)
Fungsi: Bertugas agar sel-sel pada tubuh berkembang dengan bagus , membentuk sel darah merah dan mencegah kerosakan saraf pada janin
Sumber: Susu dan produk olahan susu, hati ,melon dan sayuran berdaun hijau

Vitamin B12 (Cobalamin)
Fungsi: Mengubah karbohidrat , protein dan lemak menjadi tenaga, menjaga sel darah merah tetap sihat, melindungi sel saraf , mencegah penyakit jantung dan mencegah penyusutan otak yang dapat menyebabkan daya ingatan menurun.
Sumber: Daging Lembu, daging ikan, hati , susu, telur , rumpai laut.


Tanda-tanda kekurangan B-Complex 

  • Depression (kemurungan) Anxiety, Moodiness, Difficulty concentration, Defensive, minda yang tertutup, mudah marah, merajuk , emosi.
  • Keletihan/tidak bermaya/wajah nampak kusam
  • Tidak dapat duduk diam (resah gelisah)
  • Panik (menggelabah/buntu/darah gemuruh)
  • Sedih tanpa punca (termenung)
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Water retention
  • Sensitivity to light
  • Dandruff
  • Pre-menstrual tension

Fungsi B-Complex
  • Peranan utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga
  • Membantu memetabolismekan:- Lemak , Karbohidrat , Protein
  • Anti stress
  • Mengurang risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang
  • Asid folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
  • Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission)
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

Sebenarnya B complex merupakan spark plug dalam badan. Ia akan membakar gula daripada makanan untuk mneghasilkan tenaga. Orang yang mempunyai diabetis adalah mereka yang kurang B complex dalam badan sebab itu gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

Bila terjadi sesuatu pada diri kita , baru kita sedar betapa pentingnya sesuai vitamin dalam badan. Macam aku selagi tak sakit aku tak makan, dah kena baru ada akai, huhuhu

"B" for beauty - true beuty radiates from within

Thanks En Google,sebab buatkan semua maklumat di hujung jari


LOVE,

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿