Monday, April 15, 2019

SAMBAL KERING TEMPE IKAN BILIS


Assalamualaikum

SAMBAL KERING TEMPE , TAUHU DAN IKAN BILIS adalah menu perkongsian pada kali ini.
Mudah dan yang pasti sedap....




Jom Masak....

BAHAN-BAHAN
  • Tempe (dipotong dadu)
  • Tauhu (dipotong dadu)
  • Ikan Bilis Halus
  • Cili Kering (dikisar halus)
  • Bawang Merah (dikisar halus)
  • Bawang Besar (dikisar halus)
  • Bawang Putih (dikisar halus)
  • Sos Cili 
  • Gula , Garam dan Perasa 
  • Serbuk Kunyit
  • Minyak

CARA-CARA

  1. Tempe dan Tauhu di potong dadu dan letak garam kunyit serta di goreng 
  2. Ikan Bilis di goreng garing dan asingkan
  3. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, gula, perasa
  5. Masukkan ikan bilis , tempe, tauhu dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa
  6. Siap untuk di hidang

SELAMAT MENCUBA!

Nota Kaki:
Memandangkan ikan bilis sudah mempunyai rasa masin, berhati-hati apabila menambah garam


LOVE,

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿