Saturday, June 1, 2019

POPIA BERSALUT NESTUM


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Popia Nestum! 
Resepi simple dan sedap ...hihi

Confirm licin di 1 syawal 
Dan bahan-bahan nya adalah seperti berikut:


BAHAN-BAHAN:


  • 1 bungkus kulit popia (50 helai).
  • Nestum.
  • Susu Tepung
  • Gula
  • Air (sebagai gam popia)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit garam


CARA MEMBUAT:
  • Ambil kulit popia dan gulung menggunakan straw


  • Gulung kulit popia.....dan di hujung kulit popia tu gam dengan air


  • Selepas dah siap gulung,  gunting menyerong


  • Dah siap gunting baru boleh goreng kekuningan - jangan terlalu garing 


Cara nak buat adunan nestum: Kisar sehingga halus

  • Nestum
  • Susu tepung
  • Gula
  • Garam




Sedikit tips:
  • Masa nak gulung kulit popia jauhkan dari kipas angin nanti kulit popia akan menjadi cepat kering dan  keras.
  • Keluarkan kulit popia sikit demi sedikit- baki simpan dalam bekas tertutup untuk mengelakkan kulit popia dari keras. 
  • Goreng dengan minyak yang betul2 panas tapi jangan lama sangat sebab kulit popia nipis dan rangup
  • Kalau nak lagi sedap nak nestum tu lebih menyerap masuk ke dalam kulit popia tu gunting popia menyerong.
  • Biarkan sejuk dulu baru salut dengan adunan nestum.


Selamat Mencuba! 


LOVE,

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿