Saturday, June 15, 2019

RESEPI LALA MASAK LEMAK CILI API


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Masak Cili Api adalah salah satu antara masakan kegemaran aku dan keluarga.

Kali ni aku nak share simple resepi untuk pengemar Lala. Buat pengetahuan korang kalau di utara....
ni kami panggil LALA...dan yg besar sikit kami panggil RETAK RIBU (nnti aku share di entry lain psl siput) 😅

Murah ja... 1kg RM4-RM6
Harga ikut musim.... 

Ok jom tengok bahan-bahan yang aku guna untuk Masak Lemak aku ni... 


Bahan-Bahan
  • 1 kg lala - basuh hingga bersih
  • kunyit hidup - di tumbuk
  • 10 biji cili api - di tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - di tumbuk
  • 1 labu bawang besar - di tumbuk
  • 1 batang serai - di titik
  • santan
  • 1 keping asam keping
  • 2 helai daun kunyit
  • garam secukup rasa

Cara-Cara
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, halia dan cili api hingga halus, kemudian masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk

2. Masukkan asam keping dan serai yang sudah di titik tadi beserta Santan. Kemudian kacau, selepas itu masukkan garam.. kacau kembali hingga rata.

3. Masukkan lala yang sudah dibersihkan tadi dan kacau. 

4. Akhir sekali, masak hingga mendidih dan apabila lala sudah masak bolehlah tutup api, siap untuk dihidangkan..


Cara aku.. Simple jer
Janji rasa sedap

Nak cuba silakan.... Dah cuba sila tinggalkan komen anda
Hihihi

Selamat Memasak

LOVE,

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿