Friday, June 28, 2019

SAMBAL UDANG PETAI DAN TERUNG


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Salam Jumaat yang penuh barakah,....

Nak iklan jap sebelum aku sambung entry ke Taiwan yer, hari ini aku nak kongsi menu SAMBAL UDANG PETAI DAN TERUNG ala Iera


Bahan-Bahan
  • Udang
  • Petai
  • Terung - digoreng dahulu
  • Cili Padi - dikisar
  • Cili Hidup - dikisar
  • Belacan - dikisar
  • Bawang Besar - dikisar
  • 2ulas Bawang putih - dikisar
  • Bawang Besar - potong bulat
  • Garam/Perasa
Cara-Cara
  • Blend/kisar semua bahan yg dinyatakan
  • Goreng Terung dan ketepikan
  • Tumis bahan yang dikisar, sehingga wangi dan pecah minyak
  • Masukkan Petai , dan Udang 
  • Letak garam dan perasakan
  • Masukkan Terung  - Tambah air sedikit jika inginkan kuah
  • Bawang besar.. Kacau dan siap untuk dihidang

SELAMAT MENCUBA

LOVE,

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿