Tuesday, July 2, 2019

BERCUTI KE TAIWAN DAY 4 (PART 2)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Hari Ke-4 di Taiwan,
TAMSUI - YEHLIU - TAMSUI
Kami sampai di Tamsui Station sekitar jam 12.00 tghhari
mencari tempat bas shuttle untuk ke YEHLIU. Ana tanya di Kaunter Information cara untuk membeli 1day pass - dan katanya boleh beli terus dengan driver bas.



Keluar je dari Tamsui Station belok kanan dan jalan teru jer sampai hujung, Dari jauh korang akan nampak deretan bas. Kalau korang plan nak ke Yehliu Geopark je bolehlah naik mana-mana bas yang tulis untuk ke Yehliu. Tapi kalai nak turun di tempat-tempat sebelum smpai ke Geopark boleh naik shuttle dan beli 1day pass.

dan cari TULISAN BERATUR DI LANTAI



Harga 1day pass NTD160 - sila sediakan wang cukup-cukup yer , dreba bas macam singa bagitahu no change no change....huhuhu


ok sebelum lupa cari Shuttle nama NORTH COAST SHUTTLE NO 862 


HUJAN! dan kami tidak berhenti di mana-mana pit stop , terus jer ke Geopark

gambar di sekitar Yehliu Geopark
takkala hujan dan angin kuat




lebih kurang 2jam sampai di YEHLIU GEOPARK , tiket masuk kena bayar yer - 
CASH ONLY NTD80


















➜dekat Yehliu dah ler hujan, nak cari Restoran Halal pun susah , jadinya kami ambil keputusan makan tengahhari adalah buah-buahan yang siap di potong dan harga satu bekas NTD100 😥

➜Sedar tak sedar dah hampir jam 3 , hujan masih renyai - tunggu shuttle untuk balik ke Tamsui dengan harapan di Tamsui cuaca cerah.

➜Sampai di Station Tamsui sekitar jam 6 , dan cuaca masih gerimis ...huhuhu #lapar

Singgah 7eleven untuk membeli makanan

dan akhirnya Sweet Potato dan Banana Milk #halal


➜Selesai makan masih gerimis dan hari semakin gelap - berjalan di sekitar Tamsui dan jumpa seafood goreng.











➜Hujan semakin lebat berlari ke station tamsui untuk ke MRT dan terus balik ke Zhongshan Station
Balik dengan hati girang sebab dah beli makanan ...hihihi









➜Jalan menghala balik ke Hotel kami singgah di Ningxia Night Market konon nak cari souvenir , namun hampaaaa.....sebab disini hanya menjual makanan dan minuman sahaja
Penat uiiii - jalan balik ke Hotel


Bersambung...


LOVE,

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿