Tuesday, July 9, 2019

BERCUTI KE TAIWAN DAY 6 (LAST DAY)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Hari terakhir sebelum meninggalkan Taiwan...Cuaca yang agak mendung...semendung di dalam hati.....kul 7.30pagi check out hotel dan terus berjalan ke Zhongshan Station untuk ke MRT menuju ke Jiantan Station


ini adalah Itenary asal:
DAY 6 - 29 MAC 2019 
=========================================================

Sampai di Jiantan Station,EXIT 1 (Shilin Night Market).....Kat situ ada bus stop untuk ke YANGMINGSHAN (tak perlu lintas jalan/sebelah kiri stesen sahaja)

kat situ ampa akan nampak ramai orang beratur dan ada petugas yang tunggu.

Ada banyak bas ke Yangmingshan.Mana-mana pun boleh....Nombor bas R5,S8 , S15 dan S17 semua ini akan berhenti di Yangmingshan Station.
Jarak dari Jiantan Station adalah lebih kuranf 50minit dan tambang adaah NTD15





Sampai di Yangmingshan, cuaca cerah....cari tempat menunggu bas


Untuk Yangmingshan, kami memilih 3 buah tempat untuk di lawati...kalau ampa nak pie semua tempat kena spend atleast 1 whole day kat situ.

Tempat pertama yang kami berhenti adalag Xiaoyoukeng iaiti tempat gunung berapi.
Naik bas 108 , malangnya kabus agak tebal...nak ambil gambar pun tak berapa nak nampak....





Selepas pusing ambil gmbr apa yang patut.....tunggu bas di kesejukan cuaca untuk ke Qiantiangnang.

Dari Xiaoyoukeng naik bas 108 ke Qiantiangnang 
Cuaca sejuk..... tempat wajib datang kalau korang ke Yangmingshan.
Padang rumput yang luas dan cantik








Selesai di Qiangtiangang...meneruskan perjalanan ke Yangming Park sebelum balik ke Airport


Sempat melawat pokon sakura yang masih bersisa berhampiran Yangmingshan Station

Untuk menjimatkan masa menunggu bas, kami naik Cab.....tempat menunggu bas di sini agak berselerak.....jadi korang kalau sampai ke Yangmingshan Station better ke Yangming Park dulu kemudian baru ke tempat lain


Yangming Park tidak jauh pun dari Yangmingshan Station dalam 10min jer naik cab....kalau larat nak menapak 20minit...tapi menapak tu adalah menapak mendaki bukitlah.....hahaha

Jam 1.00ptg kami bergerak balik ke Jiantan Station dari Yangming Park dengan naik bas S8

Dari Yangming Park naik bas ke Jiantan Station kemudian ambil MRT (RED LINE - XIANGSHAN) turun di Zhongshan Station dan tukar ke GREEN LINE - XINDIAN dan turun di BEIMEN STATION



Tiba disini kami menghala ke Main Station (bawah tanah) untuk ke trail Comuter/Express Train ke Airport...Disinilah tempatnya yang maid dari Indonesia tu bagitahu tu.....








bukan sahaja ratusan kedai souvenir , kedai makan halal Indon pun ada
Memang ramai...dan boleh dikatakan tempat tumpuan orang Indon di sini.

Dan disini jugalah kami memborong FM dan beeberapa helai tshirt Taiwan untuk anak-anak.


Selesai makan..shopping, dengan menggunakan Easy Card kami kembali ke
TAOUYUAN AIRPORT dan tiba disana seawal jam 5.00petang

Cuaca dah semakin ok....tak best rasanya hati sebab sepanjang di taiwan asyik hujan jer....hari nak balik baru cuaca ok,...huhuhu




Pengalaman travel ke Taiwan belum berakhir, sepatutnya fligth kami ke KL pukul 11.35mlm, tapi AirAsia delay sampai 2.30pagi...dan sebanyak 2 kali tukar boarding gate sampaikan ada penumpang yang bergaduh...mengamuk dengan staff AirAsia.

Sampai di KLIA hampir 7.00pagi, mujur kami booking flight balik ke Alor Setar jam 10.30pagi
kalau ambil 1st flight mampus dah terlepas flight.

Order makanan dalam flight pun dah jadi tak lalu nak makan....mata dan fikir aku hanya fikir nak tidur jer sepanjang perjalanan Taiwan-KL

Apaapun aku bersyukur ...dapat menjelajah Taiwan bersama sahabat baik aku ANA.
Maafkan aku andaikata travel kita kali ini banyak mengusris hati dan perasaan hang.
Semoga kita kekal bersahabat dunia akhirat.

maka dengan ini tamatlah kisah perjalanan aku berkelana di negara orang iaitu TAIWAN



LOVE,

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿