Tuesday, July 16, 2019

HALAL KE??


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Pesanan buat ank-anakku sendiri dan orang diluar sana juga. 

biar kita "jakun" dan tak "up to date" 

asalkan yang masuk kedalam mulut menjadi darah daging yang halal...

ORANG MAKAN, KITA PUN MAKAN!!
ORANG MINUM, KITA PUN MINUM!!
HALAL bukan hanya pork free, lard free... Sumber, penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, peralatan dll diambil kira dalam halal.

KEJADIAN :  Anak berhenti utk beratur tunggu giliran bsama ramai orang Melayu yg lain. Sanggup beratur panjang. Katanya sedap sangat. Trend kawan2... Saya dongak ke atas lihat signboard... tengok signboard dah mula ragu2.
... Apalagi ler terus ke kaunter saya tanya status halal? Xde katanya pekerja yg xfasih bahasa Melayu "sini halal maa." Tya lg " u apa agama? Tahu ke maksud halal?... Dia diam jer. Muka dia dah naik ketat. Saya bgtau "just to ask. I know this is not ur fault. Im Muslim, and all here Muslim too.  If u dont have any certificate Halal, sorry i make a big mistake.". Ramai tadi 'Melayu' yg beratur menunggu pesanan dengar apa yg sy bicarakan mudahan dapat berfikir.

Duduk dlm Malaysia. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Sepatah bahasa Melayu xde.. apa citer tulisan cina, korea.

Banyak berlaku trend 'mengikut2'. Tengok orang makan, kita makan. Tengok orang minum, kita minum. Nampak org Islam makan, kita pun percaya. Nampak org Islam beli, 'halal la tu'..  Yakin atas ikutan pd mata tanpa selidik usul status kesahihan Halal.

Saya tegur anak. 'tak malu ke beli makanan kat sini? Pasti ke Halal? Tengok ramai org Melayu beli, yakin Halal lah. Kita pun beli? Mcm tu? Org makan taik, kita pun nak makan taik ke? Subhanallah.
Sy arahkan anak2 beredar dan kami berlalu pergi tanpa mengambil ayam yg sudah anak sy bayar tadi. Dalam kereta apa lagi. Katanya kawan2 yg ajar makan ayam goreng 'viral' klu outing. Berceramahlah pada ank2. Minta anak berpesan2 pada kwn2.

Sama kes dengan air bubble tea The Alley ler.. Xing Fung Tang ler...  Menjadi2 pulak.. yg nyata logo Halal nyata tidak dipamerkan. Yg paling senak mata tengok orang Islam yg paling ramai beratur panjang. Allahuakbar!

Bagaimana dengan Restaurant Kfry? Tahun 2017 dlm permohonan. Tahun lepas 2018 saya tanya dalam permohonan. Sekarang tahun 2019 dah pamerkan logo Halal ke? @ masih dalam permohonan lagi? 🤔

Yg jelas penjual/peniaga tu tak salah. Mereka bebas menjual dengan sesiapa pun. Dan itu perniagaan mereka. Tp kita yang beragama Islam kena peka. Halal atau tidak Halal?
Yang jelas lesen perniagaan pemilik bangsa Cina, bukan Islam. Signboard tulisan pun dah gerun tengok. Tekak tak kembang ke nak makan?  Langsung xde Kemelayuan apatah lg keIslaman.
Last sekali utk kesahihan Halal, lihat pameran logo Halal dan status sijil Halal. Ada? Tiada?
Nyata tiada.
Apakah faktor2 lain yg meyakinkan, kita yakin kesahihan Halal makanan tersebut? Allahuakbar. Darurat sangat ke? Kebulur sangat ke?  Hinggakan sanggup menunggu dan beratur panjang utk menikmati makanan yg diragui Halalnya. Sedarlah wahai saudara seagamaku. Bukan orang lain, tapi diri kita sendiri yg tidak berusaha mencegah dan menegur fenomena ini terus berleluasa tanpa sekatan yg bakal merosakkan & menengelamkan akidah Islam.

Minta perhatian perkara ini, kerana dilihat banyak jualan makanan & minuman 'bangsa asing' yg tiada Halal & diragui status Halal tumbuh bagai cendawan di Mall2 negara kita dan pembelinya majoriti adalah org Islam.

Tanggungjawab saya menyampaikan agar kita sama2 beringat, mencegah dan menghindarkan makan makanan dari sumber yang meragukan.

PASTIKAN KESAHIHAN STATUS HALALNYA TERJAMIN!

- Kredit Zenna Ahmad

SEBARKAN SEBANYAKNYA....


LOVE,

1 comment:

  1. numpang promote ya min ^^
    buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿