Tuesday, July 30, 2019

KHASIAT ASPARAGUS


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


pic google

Asparagus sering dikaitkan sebagai sayur orang kaya. Ini kerana harganya yang mahal dan kebanyakan dijual di pasar raya serta dihidangkan di restoran mewah. Sesuai dengan statusnya yang sebegitu, asparagus mempunyai kelas tersendiri kerana mengandungi banyak khasiat yang kadang-kadang kita terlepas pandang.Selain rasanya yang enak, kandungan gizi di dalam asparagus cukup banyak serta berkhasiat bagi tubuh terutamanya dalam memperbaiki kinerja ginjal.

  • Asparagus yang biasanya direbus atau dibuat jus, kaya kandungan gizi iaitu vitamin C, vitamin E, vitamin B6, kalsium, magnesium, protein, vitamin A, vitamin K, tiamin, riboflavin, rutin, niasin, zat besi, fosfor, potassium, tembaga, mangan, dan selenium.
  • Asparagus kaya dengan serat alami yang dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Asparagus mempunyai kandungan kalori yang rendah, tidak mengandungi lemak atau kolesterol, serta memiliki kandungan sodium yang sedikit.
  • Asparagus banyak terkandung asid folik yang dapat membantu memudahkan kehamilan. Peranan asid folik sangat berguna bagi ibu hamil dan janin, untuk mengurangkan risiko bayi cacat selain boleh memperbanyakkan susu ibu.
  • Asparagus mengandung inulin, iaitu karbohidrat yang tidak dapat dicerna oleh tubuh. Serat ini dapat menlancarkan usus besar tanpa melalui reaksi enzimatis, sehingga berfungsi sebagai probiotik. Ia sangat membantu dalam proses pencernaan.
  • Asparagus sangat baik menjaga kestabilan tekanan darah dengan kadar garam yang rendah.
  • Asparagus merupakan sumber kalium yang sangat baik. Bagi pengidap hipertensi, peningkatan kadar kalium sangat berguna sebab akan meningkatkan rasio antara kalium dan natrium yang akan menurunkan tekanan darah.
  • Asparagus boleh mengatasi gangguan kulit dan alergik.
  • Asparagus adalah sayuran yang tepat untuk mengatasi gatal-gatal di tubuh bayi. Asparagus akan bertindak, untuk membersihkan darah yang berasid yang merupakan penyebab alergi.
  • Asparagus boleh mencegah anemia kerana ia mengandungi zat besi yang sangat diperlukan tubuh dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi akan menyebabkan tubuh lesu.
  • Asparagus untuk menstabilkan darah serta menjaga kadar gula ini kerana asparagus mengandungi kalori dan karbohidrat yang rendah. Sesuai untuk mereka yang ingin berdiet.
Gambar (Sumber Google)
LOVE,

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿