Cuti hujung minggu dipenuhi dengan memasak permintaan anak-anak
Salah satu menu nya adalah TAUHU BERLAUK
buat penggemar tauhu (macam aku) kita tak de masalah untuk menikmati apa cara masakan berasas kan tauhu sekali pun 😁
Tetapi buat yang tak minat makan tauhu.. Korang boleh cuba resepi ini....
Kurang bau tauhu itu...seriously sangat sedap
Bahan-bahannya yang aku gunakan adalah seperti berikut:
Soft Tauhu/Tauhu Jepun 1pack
Tauhu biasa 4ketul
Shitake Mushroom
Cabai Melaka/Cili Merah
Kacang buncis
Carrot
Daun Sup
Daun Bawang
Telur 4biji
Garam
Serbuk Lada Putih
Dada Ayam - dicincang
@
Isi Udang
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Blender tauhu jepun, telur 2biji beserta ayam yang di cincang
- Kemudian masukkan hirisan daun bawang ,cili merah, shitake mushroom, kacang buncis
- Perasakan dengan garam, serbuk lada putih
- Gaul rata.
Tuangkan bancuhan tadi kedalam acuan@loyang
Kukus selama 15-20minit sehingga adunan menjadi keras
Sejukkan dahulu
Selepas itu potong ikut size yang dikehendaki.
Pukul 2biji telur bersama Tepung Bestari
Celupkan & goreng sehingga kekuningan
Siap untuk dihidang
Boleh dimakan bersama sos pencicah atau sambal kicap 😊
Selamat Mencuba
LOVE,
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802