Friday, February 14, 2020

IKAN SIAKAP KUKUS ASAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Salam Jumaat yang penuh barakah, Stop sat ceta pasal lari lari... Nak tanya ampaaaa....masak apa tu? ..hihihi

Ini antara menu kesukaan aku,....merata cukup sedap ni 😀

Bahan-bahannya :
1 ekor ikan siakap
3 biji cili padi - diketuk
1 biji bawang merah - dihiris nipis 
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis 
1 sudu asam jawa Adabi - dicampur sedikit air masak
Daun bawang - hiasan
Tomato - hiasan (jika suka)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Membuatnya :
1) Ikan yang telah dibersihkan di lumur garam dan air asam jawa dan kukus dalam 10 minit.
2) ketukkan 3 biji cili padi masukkan, garam dan gula secukup rasa.
3) Kemudian taburkan hirisan, bawang , bawang putih, halia , daun bawang & tomato
4) Siap untuk dihidang dan makan.


*boleh juga guna ikan kembung atau ikan bawal putih , terpulang pada selera masing-masing


SELAMAT MENCUBA


LOVE,

1 comment:

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿