Tidak ramai kenal pokok kulim. Namun jika disebut Kulim, Kedah ramai yang tahu kewujudan tempat itu biarpun tidak pernah pergi ke sana.
Di Pasir Putih, Kelantan pula ada nama tempat Gong Kulim. Di Tanah Merah pula ada nama Kampung Kulim.
Pokok kulim semakin kurang ditemui, kecuali di dalam hutan tebal. Pokok kulim tergolong kategori pokok sederhana keras. Pokoknya tinggi dan batang pokok boleh dijadikan balak.
Pokok ini mengeluarkan buah kulim. Buah kulim juga dipanggil bawang hutan. Buah kulim biasanya berbuah sama dengan musim durian.
Saiz buah kulim sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu di dalamnya.
Bau isinya seperti bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang putih. Itulah punca buah kulim dipanggil bawang hutan.
Saiz buah kulim sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu di dalamnya.
Bau isinya seperti bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang putih. Itulah punca buah kulim dipanggil bawang hutan.
Buah kulim digunakan sebagai perasa di dalam masakan dan kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu.
Buah kulim dipercayai mempunyai kaya khasiat yang digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan menjaga kesihatan.
Pecahkan buah kulim ambil isinya dan direbus
Minum air rebusan buah kulim 2kali sehari
Antara khasiat Buah Kulim:
- Pengidap Kencing Manis menurunkan paras gula dalam darah
- Pesakit Darah Tinggi.
- Pesakit Buah Pinggang.
- Pesakit Resdong / Sinus.
- Menghilangkan Bisa & Sakit-sakit Badan Akibat dari Sakit Buah Pinggang.
- Menghilangkan Bengkak Kaki akibat dari sakit buah pinggang
- Pengidap Buasir.
- Pengidap Gout (mencantikkan asid urid).
- Membuang kolesterol.
- Menghilangkan rasa berat, badan menjadi ringan dan bertenaga.
- Membuang TOKSIN dari dalam badan.
SUMBER: Google
LOVE,
test
ReplyDelete