Apakah simptom perut berangin?
Angin di dalam perut boleh menyebabkan beberapa simptom iaitu:
- Kerap sendawa
- Perut kembung
- Perut rasa penuh
- Sakit dada
- Pedih ulu hati
Kebanyakan masalah ini bukanlah sesuatu serius dan tidak memerlukan rawatan. Ia akan baik dengan sendirinya.
Tetapi jika ianya terlalu kerap ataupun menyebabkan sakit perut yang teruk, anda diminta untuk berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan.
Apakah punca kepada perut berangin?
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah perut berangin iaitu:
- Mengambil minuman berkarbonat
- Mengunyah gula getah(menyebabkan seseorang itu menelan udara dengan lebih banyak)
- Merokok
- Mengambil kopi
- Menggunakan gigi palsu
Dalam keadaan ini, angin tersebut akan dikeluarkan daripada perut dengan cara sendawa. Tetapi jika tidak sendawa, angin tersebut akan masuk ke dalam usus dan keluar sebagai kentut.
Bahkan di dalam usus juga terdapat bakteria yang boleh menguraikan makanan yang tidak boleh dicernakan oleh badan manusia. Ini akan menyebabkan penghasilan gas juga dan ia dilepaskan melalui dubur sebagai kentut.
Oleh itu, terdapat beberapa jenis makanan yang akan menyebabkan anda lebih kerapa melepaskan angin iaitu:
- Brokoli
- Kkacangan
- Bunga kobis
- Asparagus
- Keju
- Roti
- Susu
- Kentang
- Mee
- Gandum
Apakah kaedah untuk mengelak masalah ini?
Perubahan dalam diet adalah sesuatu yang perlu dilakukan bagi mereka yang kerap mengalami masalah ini. Sediakan diari untuk mengenalpasti makanan apakah yang menyebabkan perut berangin berlaku. Tulis apa yang anda makana dan pastikan sama ada makanan tersebut menyebabkan perut berangin ataupun tidak.
Kemudian cuba elakkan daripada mengambil makanan tersebut. Lihat sama ada masalah tersebut berulang kembali ataupun tidak.
Anda juga boleh mengelakkan masalah ini dengan:
- Mengurangkan pengambilan air berkarbonat
- Tidak terlalu laju mengunyah makanan ataupun meminum air
- Elakkan daripada mengunyah gula getah
- Berhenti merokok
- Jika memakai gigi palsu, pastikan gigi itu melekat dengan sempurna
Punca lain yang menyebabkan perut berangin
Terdapat beberapa penyakit yang juga boleh menyebabkan peru sentiasa berangin. Ia adalah:
- Inflammatory bowel disease(Penyakit keradangan usus): Ia berlaku kerana terdapat keradangan yang kronik pada saluran permakanan. Pesakit selalunya akan selalu mengalami cirit-birit, berat badan berkurangan dan perut berangin
- GERD(Gastro esophageal reflux disease)
- Kanser usus
- mbelit
Bilakah perlu berjumpa dengan doktor?
Jika anda menghadapi tanda-tanda ini berserta simptom perut berangin, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor. Tanda-tanda tersebut adalah:
- Berat badan berkurangan
- Kerap cirit-birit ataupun sembelit
- Muntah
- Sakit dada
- Berak berdarah
Sumber: Google
LOVE,
No comments:
Post a Comment