Musim Perintah Kawalan Pergerakan ni pakat-pakat belajar macam-macam menu terbaru, daripada tak reti nak buat boleh jadi pandai dan terror memasak juga...
So arini aku nak share 'ke-terro-an' aku dalam menebaq Roti Canai 😂
Buat sendiri jer, lepas ni nak makan bila-bila pun boleh
Bahan-Bahan
1/2 kg tepung gandum
1biji telur
2 sudu majerin
1 sudu kecil garam (larutkan dalam air)
1/2 cawan air sejuk peti ais
2 sudu susu pekat
Cara-Cara
- Tepung + majerin + susu digaul jadi seperti serbuk roti
- Masukan air garam + telur
- Masukan air sedikit demi sedikit, sampai doh tidak melekat pada tangan
- Bulat-bulatkan dan rendam dgn minyak (2 jam@lebih)
Seperti dalam gambar
canaikan seperti dan jadikan seperti dlm gambar
Sedia untuk di goreng
Dah siiiiappppp
Sedia untuk di makan
Bersama Gulai Ikan @ Sambal Sardin
Selamat Mencuba
LOVE,
No comments:
Post a Comment