Thursday, May 28, 2020

WEIGHT LOSS VS FAT LOSS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Apa beza Weight loss berbanding Fat loss?



Weight loss (penurunan berat badan) mungkin boleh menjejaskan kesihatan, manakala Fat Loss (penurunan lemak badan) adalah penurunan berat badan secara sihat.

Berat badan kita terdiri daripada 3 komponen, iaitu Jisim Otot, Air dan Lemak.

Apabila kita turun berat badan dengan cara yang tak betul (crash diet), badan akan kehilangan jisim otot dan mungkin air, tetapi paras lemak kekal sama. Kita mungkin hilang kilogram, tetapi % lemak badan masih tinggi.

Akibatnya, kita akan mengalami penurunan tahap kecergasan, penurunan tenaga & kekuatan, prestasi yang lemah, penuaan cepat dan pengurangan tahap imun badan. Apabila kita mengalami pengurangan tahap jisim otot, badan akan mula hilang keupayaan untuk membakar banyak kalori, akibatnya, badan akan menyimpan lebih banyak lemak. Ini menyebabkan selepas crash diet, berat badan akan kembali naik secara mendadak.

Apabila kita focus untuk Fat loss (turun lemak) dan kekalkan jisim otot, tahap kecergasan akan meningkat, kekuatan dan tenaga badan bertambah, prestasi meningkat, penuaan menjadi lambat dan risiko penyakit berkurangan.

Semoga Bermanfaat


LOVE,

1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿