HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Tuesday, February 26, 2019

JALAN-JALAN KE MEDAN PART 2


Assalamualaikum

Alhamdullilah , cuaca pagi sanggatlah cantik
Itenary Perjalanan hari ini adalah Berastagi - Parapat - Pulau Samosir serta kawasan sekitar Danau Toba.




HOTEL SINABUNG HILL BERASTAGI


view yang sangat tenang
walaupun tenang malangnya lawatan pagi ke Gundaling Hill untuk melihat gunung berapi yang masih aktif di Berastagi iaitu Gunung Sinabung tidak dapat diteruskan, kerana Sinabung masih meletus ketika itu


selesai sarapan pagi di Hotel , kami di bawa ke Pasar Buah (Fruit Market)


jalan-jalan di Pasar Buah (Fruit Market)
beli buah salak &  beli sedikit cenderahati 

jalan pun masih berdebu
bau kabat yang agak kuat

perjalanan diteruskan untuk ke Parapat
jalan yang berbukit , sempit 
pemandu yang cekap mengawal kenderaan

Berhenti di Air Terjun Sipisopiso dan
Rumah Bolon "The Ancient King's Palace of Batak Simalungun"



Air Terjun Sipiso Piso adalah air terjun yang terletak di Dataran Tinggi Sumatra Utara dengan ketinggian 120meter dan 25km dari Kota Kabanjahe.




Next Pit Stop Bukit Indah Simarjarunjung,Danau Toba
minum kopi halia
makan jagung bakar
foto-foto



meneruskan perjalanan ke Parapat untuk makan Tengah Hari di Restoran Tempatan


Selesai Makan, dibawa menaiki bot untuk ke Pulau Samosir






singgah di Kampung Tomok dan Kampung Ambarita, Pulau Simosir Danau Toba

Tomok adalah sebuah perkampungan kecil yang terletak di pesisir timur Pulau Simosir , Danau Kota.
Perkampungan ini tidak terlalu besar. Terdapat banyak makam dan peninggalan zaman purba yang menjadikan lokasi ini sebagai salah satu kebudayaan BATAK yang cukup terkenal di kalangan pelancong. Lokasinya juga terletak di tepi dermaga yang menghubungkan ke Parapat dan juga membolehkan para pelangcong mengunjungi tempat ini.



Terdapat Makam Besar seperti Makan Diraja Sidabutar dan keluarganya.
Muzium Batak, Patung Sigale-gale, Batikursi Tomok, Patung Gajah yang juga mengukuhkan Perkampungan Tomok ini sebagai tempat pelancongan.

ehsan google

Rumah orang batak di Kampung Amberita mempunyai bentuk yang unik dan berbentuk seperti tanduk kerbau. Semakin banyak tanduk kerbau , menunjukan semakin kaya seseorang itu.

dok bincang nak beli apa lagi...hihihi

Kami berada di Perkampungan Tomok ini kira-kira sejam.
Selepas itu kembali semula ke jeti dan menaiki bot untuk menuju ke Hotel yang mengambil masa lebih kurang 30minit.



di hadapan hotel

Selesai Check In di Hotel...berehat seketika dan sebelum Makan Malam,husband aku ajak pusing perkampungan Samosir dengan menaiki moto yang di sewa.

gambar ketika ronda-ronda perkampungan
dan gambar ni jer yang masih ada....huhuhu

gambar Hotel Resort , nama hotel yang kami menetap tu loss habissss

layan video dari anak-anak batak


Horas !

bersambung.............


No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿