Monday, December 3, 2012

JELAJAH HO CHI MINH CITY Part 2


Assalamualaikum....
Berbalik kepada cerita semalam,arini aku pergi SUNGAI MEKONG/MEKONG RIVER .Apa? Pergi Vietnam nak melawat sungai?Ok ini bukan sebarang sungai,ini Sungai Mekong.Org ckp kalau ke HCM tak pergi ke sini, tak lengkaplah maknanya kedatangan kita ke HCM.Sungai Mekong ni sungai yang ke -10 terpanjang di dunia.Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Kami cuma perlu bayar USD25/pax (RM80) jer utk 1 day trip.Bayaran termasuk breakfast roti,tiket naik bot sg mekong, makan di kedai PakCik Halim & dll

Dan seperti yg dijanjikan kul 8.00 pagi kami dah terpacak disimpang jalan,tak jauh dari hotel dalam 5minit berjalan kaki.Suasana pagi yg agak kecoh...bunyi hon motor & kereta sepanjang masa.....

8.00am Vietnam =  9.00am Malaysia


tunggu Pak Cik Halim tak nmpk bayang kami gerak ke kedai makan Pak Cik Halim

tepi-tepi jalan kedai fresh flower bersepah

Wayar Eletrik sama mcm di Hatyai...
Tak Advance langsung,kalau renjatan eletrik abis semua rosak

24jam sibuk & bising
Masih lg focus ke wayar eletrik...depa ni kena belajaq dgn TNB kita...kik3

agak2 korang signboard ni bermaksud apa?

Lebih kurang kul 8.15am munculah PakCik Halim bersama roti utk sarapan kami,trip ni kami join dgn 9org(2family) lg yg dari Malaysia, 

Budaya Lepak dikalangan kaum lelaki

Roti yg dibekalkan oleh PakCik Halim
Adik dia yg jual ...sedap

Roti ni sedap sgt2,
Hari-hari teringat roti ni,nak beli tepi jalan bagai dikatalah TIDAK HALAL

Ok siap sedia utk gerak ke Mekong River....

Dari luar kedai yg agak biasa...
sekali masuk dalam....pelbagai barangan yg diperbuat drpd kulit telur...


Rajin yer bercerita....kik3x

kreatif

meh ler tgk gmbr-gmbr...aku malas nak cerita 

kulit telur

senyum yer...

proses mengilat

hasil selepas semua proses tersebut siap

klu beli ni bawa balik nak letak kat mana?

Dulang 
harga kat sini serendah 240,000VND

bekas letak brg kemas

set catur

lebih kurang 30minit di Galeri Phuong Nam ni,kami gerak ke Sungai Mekong.
perjalanan memakan masa hampir 1jam 30minit sejauh 75km dari pusat bandar...fuuuhhhh

Baru nak masuk Highway

nampak? 40km/j tu....

Terlelap jugalah kami berdua di dalam bas yang berhawa dingin selepas menikmati bekal roti yang Pak Cik Halim bg td...

dok berangan ingat dh smpai...

eh dah smpai ke?
belum....huhuhu

yeeeaaaaa......dh smpai

Sampai di jeti kami menaiki sebuah bot untuk menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Mekong. Air dia tak cantik macam laut,macam teh susu pekat jer pun, tapi pemandangannya sungguh indah

eh jambatan pulau pinang...kik3x

 
dah smpai ke Perhentian Pertama

nak tahu apa yg berlaku seterusnya di SUNGAI MEKONG?
tunggu sambung nanti......


1 comment:

  1. hi u. i g vietnam last 2 years. tp tak berapa best sebab ikut travel agent. so agak terhad la nak g mana2 pun. nak lepak pun tak tau kat mana kan? mcm nak pekena kopi gtu. tp mcm mana yea u g sana as a backpackers tu? mcm menarik je. sebab kt boleh pilih tempat yg kita nak g kan? mcm mana u dpt tour guide utk bwk u g sesuatu tempat tu. coz kat sana susah nak berkomunikasi. huhuhu

    ReplyDelete

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿