Tuesday, December 4, 2012

JELAJAH HO CHI MINH CITY Part 3


Assalamualaikum....
Jom sambung cerita yang terhenti-henti ini..
Lawatan ke Delta Mekong meliputi persinggahan ke tiga perhentian. 
Perhentian Pertama seakan dusun, di mana pelawat dijamu dengan pelbagai buah-buahan , madu lebah,manisan spt halwa dan dihiburkan dengan nyanyian lagu2 tradisional secara langsung oleh gadis vietnam.
Perhentian Kedua tempat memproses candy dan bahan produk dari pokok kelapa. brgan kulit dr kulit buaya
Perhentian Ketiga perkampungan , ada kuda dan tempat makan tengah hari.
*tp kami tak singgah di restoran tu sbb package kami mkn di Kedai Champa

 





jejak jer kaki ni yg aku nmpk dulu - DURIAN VIETNAM
besar2 durian sana

 
harga tersangat murah
kena pandai tawar menawar

dihidangkan green tea, madu & perahan limau
2botol 70,000VND
terpulang korang nak beli ke tak nak beli
 
manisan - halwa halia, kerepek pisang,kacang tumbuk
ni pun dijual,terpulang korang nak beli ke tak

buah-buahan yg dihidangkan...manis

mula2 nyayi lagu apa aku tak faham...lps 3lagu tup tup nyanyi lagu si jantung hati
.teerror tp sleng tu buat aku gelak & ingat smpai arini  
 
 Habis jer menjamu selera ,kami di bawah menyusuri sungai di pulau tersebut menggunakan sampan.

kayuh sampan sampai ke bot yg kami naik tadi

ni aso yg kayuh sampan aku...
masih mampu tersenyum walaupun kepenatan

 patah balik cepat2 utk dapatkan trip seterusnya

 Great Experienced menyusuri sungai tersebut dan pengajaran yang boleh aku cakap, orang Vietnam mmg kuat keje tidak kira lelaki or pompuan, kecik or dewasa, muda or tua just untuk mencari rezeki menyara hidup (aku rasa bersyukur hidup di Malaysia ,tidak perlu bersesak-sesak untuk mencari rezeki). 
 Diorang berkejar2 mendapatkan pelancong hinggakan sungai pulau tu sesak dengan sampan dan menurut Pak Cik Halim pendapatan membawa sampan RM30 sebulan...nak makan apa tu...
Kalo kita rasa dah cukup susah, actually ada lagi orang yang hidup lebih susah dari kita.

 eh tengah-tengah sungai mekong ade balai polis
mgkn polis sungai kot...hahaha

patutlah sebelum tu kami diberikan life jacket sebab setiap bot yg lalu kena berhenti sbb polis kalau tak salah akan check penumpang,surat dari pemandu bot,mungkin permit kot...aku lupa tanya Pak Cik Halim...huhuhu

aku ambil gmbr ni dgn harapan bot kami tu tak kena tahan lama...kik3x

 
bot yg aku naiki tu bawa kami pusing-pusing melihat keindahan dan keluasan Sungai Mekong

 Turun jer bot,Pak Cik bg kami rasa benda ni,ingatkan ulat....hahaha
rupa-rupanya coklat kelapa :p

step 1 - masak

step 2 - mengulit

step 3 - memotong

step 4 - quality control

 
step 5 - packing
dah siap packing , boleh beli 
dijual dgn harga 5,000VND utk 5pack free 1pack
boleh mix rasa - aku beli durian,pandan,coklat

buaya yg diawet
dibuat tali pinggang,wallet,purse & handbeg

handbeg dr kulit buaya,aku tak beli sbb aku geli...hihihi

tuak & ubat kuat...eeeeeeeeeeeeeee

dari tempat buat candy,kami berjalan lg...

jual keropok berasaskan kelapa

 
masak menggunakan cara lama
 
boleh rasa...nak beli, beli ...xmau beli blah...hahaha

keropok kelapa + pisang

permandangan sekitar kwsan kampung - hutan nipah

masih lg dgn budaya melepak...hihihi

 
laju sungguh Pak Cik berjalan,ikut jerlah sbb tak tau nak kemana kan

sampai jer ada yg per-ak tgk anak ayam,
lawak ar anak ayam pn tak pernah tgk...malu seh org Malaysia :p

ada kuda (QUE DUA) yg menanti...
ingatkan nak srh bg makan kuda....hihihi

nak tau sekuat mana kuda tu berlari bawa aku dan kawan aku si Ana??

kuda ku lari gagah berani...hihihi

termengah-mengah kuda ni bawa kami smpai ke jeti...

 
di atas bot,tersedia kelapa muda seorang sebiji

pemandangan sungai mekong buat kali terakhir sebelum balik

shopping di jeti sg mekong

gara2 di tokak (gigit) hantu mekong,Ana terpaksa beli selipar Mekong dgn harga 80,000VND
hahaha......

jem di HCM

KFC .... tp aku nak bg tgk wayar tu...
sistem pendawaian yg kureng....

tersedia menu yg simple

selesai jer makan aku & Ana minta diri utk pulang ke hotel....

buat apa kat hotel?nak tau?
tunggu episode seterusnya....

  *Tips tidak sesuai utk bawa budak kecil atau buggy/stroller sebab kena turun naik bot 2-3 kali



No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿