Wednesday, October 16, 2019

RESEPI JUS AVOCADO SEDAP


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Pic google

Dah lama teringin nak minum Jus Avocado.... Seingat aku last minum Jus Avocado Mint beli dekat Jco.....terasa kesedapannya di mulut... Huhuhu (di Alor Setar jco dah tutup) 

Nak buat malas... Confirm-confirm lah tak sama kan.... 
Merata aku cari di Alor Setar kot-kot lah ada yang menjual...tapiii yang hadooo


Yang hadooo hanyalah Boba!  Boba!  Boba sampai cemuih dah au tengok

Ok... Nak jadikan cerita sebab teringat sangat2 makanya aku pun blend lah sendiri.... 

Resepinya adalah seperti berikut:


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 biji buah avocado yang masak ranum
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar susu pekat (ni aku xbuh/sbb tgh on no manis) 
  • Sedikit coklat cair (Hershey's)
  • Ais

Cara menyediakan dan memasak:


  1. Ceduk buah avocado yang telah masak ranum dengan sudu, masukkan dalam blender
  2. Masukkan susu segar dan susu pekat
  3. Blend hingga halus (semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu sedikit cair
  4. Picitkan coklat cair di sekeliling gelas, tuangkan jus dan hiaskan dengan coklat cair di atas (tambah rasa). Masukkan ais. Siap untuk dihidang.

Ni lah rupa jus akuu... Hahaha
Biar tak lawa..Janji sedap


Nota kaki:
*aku guna low fat sbb tengah on diet, guna fresh milk untuk rasa yang lebih lemak berkrim
*Coklat Hershey's pun terpulang korang nak letak ke tak.... Kalau aku mmg tak letak.. Aku gantikan dengan perahan Lemon

Terpulang pada tekak korang yer.. 

Selamat Mencuba

LOVE,

1 comment:

  1. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿