Sekali sekala tak salah kalau kita ubah menu nasi kepada pasta kan.
Kenapa aku guna Spaghetti Wholemeal?
Adalah kerana whole wheat mahupun whole grain mengandung serat tidak larut 3 kali lebih banyak. Serat tidak larut memberikan rasa kenyang dan puas setelah makan serta melancarkan pencernaan. Serat tidak larut juga membantu memperlambat penyerapan gula dan kolesterol ke dalam aliran darah.
Ini bererti, tenaga akan diberikan ke tubuh kita secara perlahan dalam jangka waktu yang lebih lama dan anda terhindar dari risiko penyakit diabetis serta jantung.
Ok nanti aku kongsi kan cerita lagi di lain entry yer.... So arini aku nak share resepi mudah buat korang di musim Perintah Kawalan Pergerakan ni
Pasta San Remo
Korang boleh jer guna mana-mana brand wholemeal yang senang dpt
Direbus dan di toskan
Bawang besar - dicincang
Tomato - didadu
Cili Melaka/Padi - hiris nipis
Dada Ayam - hiris nipis
Cendawan Shitake - potong nipis
Daun Bawang
Garam
Serbuk Lada Hitam
Cara-Cara
Tumiskan Bawang Besar + Cili Melaka sehingga garing
Masukkan Isi Ayam beserta tomato
Masak sehingga masak
Masukkan Cendawan Shitake
Perasaan dengan garam dan serbuk lada hitam
Akhir sekali masukkan Spaghetti Wholemeal yang direbuskan tadi
Tabur daun bawang dan siap untuk dimakan
Selamat Mencuba
LOVE,
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
ReplyDeletedapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q