Saturday, April 4, 2020

KENAPA DIET TAPI TIMBANG BERAT TAK TURUN?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Korang usaha dgn pelbagai cara, lepas tu timbang berat turun 1 kilo. Happy!!

Lepas tu besoknya timbang balik, naik 1.5 kilo.

Apa dah jadi?

Ada beberapa sebab.

1. Sel lemak dah kurang kandungan lemak, tapi diisi dengan air dan elektrolit. Itu memang normal sebab badan takmau hilang komposisi asalnya.

2. Terrrrmakan karbohidrat lebih. Karbohidrat akan retain air dalam sel.

3. Terlebih exercise secara anaerobik. Badan masuk protective mode, simpan air.

4. Banyak sangat minum air. Kencingnya tak lagi.

Air ni berat. 1 liter pun dah jadi 1 kilo.


So apa nak buat?

1. Yang buat IF, macam-macam cara boleh try. Buat dry fast, up lagi waktu puasa, atau boleh cheat sekejap utk 'tipu' metabolisma. Kurangkan stress. Lama-lama dia akan turun balik. Cuma jangan cheat lama sangat.

2. Buat HIIT. Kadang-kadang glycogen berlebihan disimpan di hati dan muscle. Gunakan lemak tu dengan efisyen.

3. Tidur mesti mencukupi at least 7 jam sehari.
Ini penting!!
Banyak hormon yang memainkan perananan untuk kumuhkan air berlebihan akan berjalan masa tidur, termasuk Human Growth Hormone.

4. Minum green tea sebelah pagi, dan kopi O sebelah petang. Kafein dalam kedua2 minuman bertindak sebagai diuretik, dan buang air lebih mudah. Tapi jangan banyak sangat, nanti adrenalin naik dan spike insulin. Insulin naik, lemak takkan di bakar.

5. Kurangkan karbohidrat dalam makanan, atau tidak perlu ambil terus. Cuba ketogenic diet. Bila dah takde karbo, badan akan bergantung kepada lemak.
Air berlebihan akan dibuang dari sel. Dont worry, tenaga dari lemak dan protein adalah lebih dari mencukupi berbanding karbohidrat walaupun anda buat exercise dengan sederhana.

Semoga bermanfaat.


LOVE,

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿