Wednesday, April 8, 2020

RESEPI BUBUR KELADI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Sebut jer bubur keladi mesti teringat pada cerita HANTU KAK LIMAH kan. 

Dan musim ni jugalah tetiba lakii aku lapaqqq bubur keladi 🤣.

Mau tak mau belajar jugalah masak... Hihihi

Korang pun boleh cuba yer...mana tau boleh jadikan juadah petang nanti 


Bahan-Bahan
1 biji keladi 
Sagu
3 sudu gula perang/merah
2 gula putih (jika suka manis lebihkan)
Secubit garam
2 cawan santan kotak
1/2 cawan air (agak-agak) 

Cara Penyediaan
  1. Ubi keladi dbuang kulit, dicuci bersih dan dipotong.Rebus 3/4empuk. Angkat dan cuci dengan air mengalir. Toskan seketika.
  2. Sagu dimasak sehingga kembang. Masukkan ubi keladi.
  3. Masukkan gula putih, gula merah dan garam. Masak sehingga mendidih dan ubi keladi empuk sepenuhnya.
  4. Masukkan santan. Kacau sebati dan masak sehingga mendidih. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA


LOVE,

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿