HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, May 13, 2019

FAKTA HARI IBU


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Hari Ibu disambut pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.

Hari Ibu lazimnya disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita yang telah mengorbankan kehidupannya demi kebahagian anak mereka.

Ini adalah satu masa di mana setiap anak, tidak kisah muda ataupun tua berlari ke kedai untuk membeli hadiah untuk ibu mereka.

Malah ini juga adalah masa di mana semua restoran dibanjiri keluarga untuk menyambut hari yang penuh makna ini.

Tetapi tahukah anda apakah fakta sebalik Hari Ibu ini?

Berikut adalah beberapa perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai Hari Ibu.


1. Pencipta Hari Ibu bukan seorang ibu

Anna
Anna Marie Jarvis - Getty images/ NY Post

Anna Marie Jarvis, pencipta Hari Ibu dari West Virginia yang sering berjuang untuk isu berkaitan golongan ibu, dikatakan tidak mempunyai zuriat.

Bagaimanapun, ibunya, Ann Reeves Jarvis, mempunyai 13 anak.

2. Asal-usul Hari Ibu tarikh lahir sejak Perang Saudara.
Ann Reeves merupakan pengasas Kelab Kerja Hari Ibu, yang membawa golongan ibu untuk bersama-sama menyuarakan isu semasa kepada masyarakat.

Semasa kerjayanya dengan kelab ini, Ann Reeves menyumbang idea untuk meraikan hari ibu dan mengumumkan cuti umum sempena sambutan Hari Ibu di Amerika Syarikat.

3. Hari Ibu yang pertama telah disambut pada 10 Mei 1908 sempena ulang tahun kematian ibu Anna Marie
Tiga tahun selepas Ann Reeves meninggal dunia, Anna Marie menganjurkan majlis untuk menghormati ibunya dan semua golongan ibu dari seluruh dunia.


4. Tarikh itu kemudian ditukar oleh Presiden Woodrow Wilson
presiden
Presiden Amerika Syarikat ke-28, Woodrow Wilson. - Wikipedia

Walaupun tarikh 10 Mei mengingati usaha Ann Reeves sempena Hari Ibu, Woodrow kemudian memutuskan bahawa Hari Ibu harus jatuh pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun, tanpa mengambil kira tarikhnya.

5. Hari Ibu disebarkan di seluruh dunia melalui usaha Anna Marie
Menurut sumber, Anna Marie telah menulis kepada ahli-ahli politik dan ahli perniagaan dari serata dunia untuk menggalakkan cuti umum sempena Hari Ibu.

Dengan usaha itu, Hari Ibu kemudian telah disambut di Afrika, Amerika Selatan dan Asia.

6. Pencipta Hari Ibu menentang komersialisasi sambutan Hari Ibu
Menurut Anna Marie, dia tidak gemar dengan komersialisasi sambutan Hari Ibu, termasuk kad ucapan dan industri bunga, yang menghilangkan mesej asal cuti ini.

Menurut buku Malcolm Forbes berjudul "Women Who Made a Difference", Anna Marie berkata: "Kad dicetak tidak membawa sebarang maksud kecuali anda terlalu malas untuk menulis kepada wanita yang telah menjagamu sejak anda dilahirkan."

7. Carian Google untuk jambangan bunga sempena Hari Ibu adalah lebih tinggi daripada Hari Valentine
Menurut Pusat Penyelidikan Yew, carian Google untuk jambangan bunga  sempena Hari Ibu lebih tinggi daripada Hari Valentine.


SUMBER: google

LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿