HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Thursday, May 30, 2019

KHASIAT KACANG BOTOL


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,




Kacang botol buat ulam ketika makan nasi memang best kan? Cicah dengan sambal belacan.Tapi ramai yang tak tahu bahawa kacang botol juga banyak khasiat dan kegunaannya dalam perubatan. 

Pokok kacang botol adalah sejenis tumbuhan sayuran yang tumbuh secara memanjat. Tak susahpun nak tanam pokok kacang botol ni. Ambil je biji benih dan timbus dalam tanah. Rajin-rajinlah siram dengan air. Memang mudah tumbuh dan membesar pokok kacang botol ni.

Khasiat Kacang Kelisa
Menurut salah satu analisa bersumber dari USDA Nutrient Database, kacang kelisa adalah sumber terbaik zat-zat makanan iaitu:



  1. Serat makanan
  2. Protein
  3. Thiamin (B1)
  4. Riboflavin (B2)
  5. Kalsium
  6. Besi
  7. Magnesium
  8. Manganese
  9. Fosforus
  10. Zinc. 
Thiamin (B1)
Berperanan utama dalam penghasilan tenaga dari ‎karbohaidrat. pembinaan RNA (asid ribonucleic, ‎rangkaian molekeul yang bekerjasama dengan DNA) dan DNA (asid ‎deoxyribonucleic, sejenis asid yang diwarisi). ‎

‎Kekurangan thiamin yang kronik akan menyebabkan Sindrom ‎Korsakoff dan penyakit Biri-Biri. Sindrom Korsakoff merupakan ragam kekacauan yang berkait rapat ‎dengan penyakit biri-biri; otak lembab, hilang daya ingatan, hilang kepekaan ‎dan lemah daya fikir.

Riboflavin (B2)
Penghasilan tenaga untuk dibekalkan kepada ‎rangkaian penghantaran elektron, dan jaringan asid sitrik.

Pemecahan asid lemak beta (oksidasi beta).
Kekurangan akan menyebabkan ariboflavinosis. Gejala penyakit ini termasuk cheilosis (bibir rekah dan pecah-‎pecah), sensitif pada sinaran matahari, glossitis (radang lidah), ‎seborrheic dermatitis (sejenis eczema, gatal-gatal pada kulit), ‎pseudo-syphilis (jangkitan terutamanya pada buah zakar, atau ‎labia majora alat kelamin wanita), pharyngitis (sakit ‎kerongkong), hyperemia (darah bergumpal disesuatu bahagian ‎tubuh), dan radang dan bengkak pada rongga mulut dan ‎kerongkong. 

Kalsium
Merupakan zat gizi paling utama, berperanan membina, mengukuh, menumpat seluruh tulang dan gigi. Kekurangan boleh menyebabkan tulang dan gigi menipis, mudah retak, kurang tumpat, tidak kukuh, mudah rosak; punca utama ‎‘osteoporosis.’

diperlukan oleh semua otot untuk menguncup, dan magnesium untuk otot mengendur. Kalsium ‎bergandingan dengan magnesium, mengawal kuncup-kendur semua otot, termasuk otot jantung.

Kalsium membantu penghantaran isyarat saraf, memacu pengeluaran bahan kimia 'neurotransmitter' dari ‎sel neuron memberi ‎isyarat kepada sel-sel untuk menguncup.

Aktiviti kalsium dan hormon saling berkaitan. Kurang kalsium, aktiviti hormon tidak aktif. Banyak kalsium, hormon-kalsium menjadi aktif, aktiviti kalsium didalam tubuh pada keseluruhannya menjadi semakin rancak. ‎

Besi
Penghasilan hemoglobin dan sel-sel darah merah. Hemoglobin adalah pembawa oxygen utama, dari satu sel ke sel yang lain, hingga keseluruh tubuh. Otak sendiri menggunakan kira-kira 20% oxygen dari darah. Kekurangan zat besi bererti kekurangan oxygen. Kekurangan oxygen bererti banyak masalah kesihatan pada tubuh, seperti anemia dan Sindrom Kegelisahan Kaki/Restless Leg Syndrome (RLS). Tanda-tanda anemia: tubuh letih lesu, daya pemusatan fikiran singkat, perkembangan pemikiran bengap pada bayi dan kanak-kanak, emosi mudah marah, prestasi kerja merosot, pembelajaran lembab dan kurang cerdas, fungsi sistem kekebalan lemah dan sering berpenyakit, lidah merah dan bengkak (glossitis), dan suhu tubuh tidak menentu. Tanda-tanda RLS: kegelisahan berpanjangan yang mendorong pergerakan kaki dan juga anggota tubuh yang lain disebabkan kekacauan pada fungsi saraf dan otak. Sindrom ini lansung mempengaruhi tabii tidur penderita RLS.

metabolisma protein, bagi memelihara kesihatan otot. Besi banyak terdapat dalam 'myoglobin' (protein otot). Myoglobin ‎mendapatkan oxygen dari hemoglobin dan memberi makan kepada otot.

Magnesium
Metabolisma tenaga, sebagai faktor gandingan kepada lebih dari 100 jenis ‎enzim yang terlibat dalam pengawalan gula dan metabolisma glukos. Magnesium membantu mengurus ‎tindak-balas insulin terhadap kadar gula dalam darah, dan memelihara tekanan darah, mengurangkan risiko ‎penyakit Kencing Manis Jenis 2.

Metabolisma Tulang

Kira-kira 50 - 60% magnesium dalam tubuh berada dipermukaan ‎tulang. Bersama dengan vitamin D, ‎tembaga dan zinc, magnesium mengurus kadar kalsium dalam tubuh. Kurang magnesium, maka kalsium kurang diserap oleh usus. ‎Tubuh terpaksa mengguna simpanan kalsium, mengakibatkan hakisan ‎tulang. Kekurangan kalsium dan magnesium akan membawa ke arah osteoporosis.

aktiviti reseptor NMDA (N-methyl-d-aspartate), iaitu reseptor saraf yang terdapat dalam selaput sel-sel otak. ‎Reseptor adalah molekeul khusus yang mengawal keluar-masuk maklumat dari sel-sel sistem saraf. Jika magnesium berkurangan, tekanan jiwa dan kecelaruan fikiran akan meningkat. ‎

bergandingan dengan magnesium, mengawal kuncup-kendur semua otot, termasuk otot jantung. Kekurangan magnesium merupakan salah satu penyebab kepada serangan jantung dan tekanan darah tinggi. Gejala awal: kekejangan otot (juga otot jantung dan saluran pernafasan yang ‎menyebabkan asma), sakit kepala dan migraine, sengal-sengal dan kelesuan. ‎

Manganese
Pnting untuk menguatkan sistem kekebalan; menghasilkan “sel-sel pembunuh” penyirna sel-sel berpenyakit, memperteguh dinding-dinding sel.

faktor gandingan yang perlu bagi mengaktifkan tindak-tanduk aneka jenis enzim bagi menguruskan berbagai metabolisma dalam tubuh. Merupakan sebahagian dari enzim ‎superoxide dismutase (SOD), iaitu ‎anti-oksidan penggempur berkesan membasmi radikal bebas dalam tubuh.

mempertingkat fungsi saraf, dan aktiviti sistem saraf seluruh ‎tubuh terpelihara dengan baik; memelihara otak agar kekal berfungsi secara normal. ‎

membantu menghasilkan enzim untuk pembinaan dan pembentukan tulang yang normal, tisu-tisu penghubung pada otot, kollagen, tendon, kartilej dan cecair sendi, membantu memampatkan tulang kerangka, terutama tulang belakang.

kelenjar 'pituitary' perlu manganese untuk menghasilkan hormon seks, ‎agar organ seks berfungsi sempurna, membantu pencernaan asid lemak dan kolesterol untuk memproses ‎glycogen (bahan penting untuk tenaga dan pergerakan). 

‎ metabolisma glutamine, sejenis asid amino yang paling ‎banyak terdapat di dalam tubuh dan menjadi bahagian utama kepada DNA polymerase.

metabolisma karbohaidrat, menghasilkan tenaga; ‎ mengawal paras gula dalam darah dengan cara menstabilkan penghasilan dan pengeluaran ‎insulin, membantu penyerapan kalsium, pengunaan vitamn B1/thiamin, E dan magnesium yang lebih baik.

Fosforus
Proses tumbesaran. Fosforus, bersebati ‎dengan kalsium, berfungsi membina dan membentuk tulang dan gigi yang sihat dan kukuh. Tanpa fosforus, kalsium sendiri tidak ‎mampu membina tulang dan gigi yang kukuh.

semua aktiviti metabolisma sel-sel, menyumbang kepada proses baik-pulih sel-sel ‎tubuh, memastikan sel-sel tubuh terpelihara baik dan kekal aktif ‎untuk kesihatan keseluruhannya.

fosforus berada dalam setiap anggota tubuh, termasuk otak. Ia menjadi unsur yang aktif di dalam dan dipersekitaran sel-sel otak, mempunyai fungsi dan pengaruh penting pada otak; seperti ‎daya pemusatan, daya ingatan yang baik dsbnya. 

‎pembinaan protein, membantu ‎protein dalam fungsinya membina, menghasil dan membaik-pulih sel, tisu, otot dan juga faktor genetik iaitu asid ‎nukleik (DNA dan RNA). Fosforus dalam bentuk fosfat merupakan bahagian terpenting kepada DNA dan RNA. ‎

‎penghasilan tenaga dengan cara meransang proses ‎metabolisma berbagai zat makanan termasuk karbohaidart dan lemak. Fosforus penting kepada penghasilan ATP (Adenosine Tri Phosphate), iaitu sejenis molekeul yang digunakan ‎oleh tubuh untuk menyimpan dan membawa tenaga. ATP merupakan sumber tenaga kepada berbagai aktiviti ‎metabolisma dan enzim, terutama kepada penguncupan otot, penghantaran yang berkesan, dan penghasilan DNA.‎

‎sebahagian dari struktur phospholipid. Phospholipid adalah komponen utama struktur pada semua selaput sel. Phospholipid bertanggungjawab mengawal kadar penyerapan sel-sel, membantu menyerap lemak-lemak yang tidak mudah di serap dan juga ‎kolesterol.

menghasil dan mengawal kesaimbangan hormon dalam ‎tubuh, meransang kelenjar-kelenjar mengeluarkan hormon, memelihara otot dan jantung menguncup dengan baik dan teratur, membantu memastikan hormon peranakan hadir dalam kadar yang mencukupi bagi ‎memelihara kesuburan peranakan. Gejala menopaus dapat dikurangkan dengan ‎kehadiran hormon peranakan yang dihasilkan melalui fosforus.

‎menyihatkan ginjal dengan cara memastikan ‎perkumuhan bahan sisa makanan dan sisa toksin dalam bentuk cecair dikeluarkan melalui ginjal. ‎

mempercepat proses penghadaman. Ia mengaktifkan vitamin B-kompleks seperti ‎B2 (riboflavin) dan B3 (niasin), menjadikan vitamin-vitamin tersebut sebagai enzim gandingan untuk melancar ‎penghadaman. Berkaitan dengan vitamin B, fosforus membantu penguncupan otot, memelihara denyut jantung yang normal, ‎dan juga sebagai perantara kepada sistem saraf. ‎

‎faktor gandingan dalam beberapa tindak-balas kimia ‎yang berlaku di dalam tubuh. Ia juga melancarkan penggunaan berbagai nutrien seperti iodine, vitamin D, zinc dan ‎magnesium yang memasuki tubuh.

Zinc
Hanya zinc yang berada dalam semua jenis enzim. Ia menjadi komponen utama kepada lebih ‎dari 100 jenis enzim (ada sumber mengatakan 300 jenis). Ia juga menjadi penggalak ‎kepada aktiviti enzim-enzim. Semua enzim-enzim bergantung pada zinc untuk mampu memberi bertindak-balas kimia untuk menyihatkan tubuh.

dibandingkan dengan nutrien lain, zinc paling berkesan pada sistem kekebalan tubuh; membantu penghasilan dan keberkesanan sel-T, dan kesembuhan dari luka dan penyakit.

pembinaan dan ‎kembang-biak sel dan gene, penghasilan protein dan DNA yang sempurna. Berperanan besar membantu proses tumbesaran normal, sejak perkembangan janin, kanak-kanak, dan keremajaan.

kesuburan lelaki dan perempuan; mencegah kelenjar prostat membesar, menambah kadar air mani dan hormon testosterone, ketangkasan sperma, ‎ mengurangi sindrom putus haid bagi wanita, juga berpengaruh kepada syahwat lelaki dan perempuan.‎


meransang selera makan dan citarasa; zinc ‎mengaktifkan otak menerima dan memproses deria bau dan rasa yang ‎dihantar oleh saraf.

SUMBER: google

LOVE,

1 comment:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿