Monday, May 18, 2020

RESEPI APAM NASI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Apam Nasi 1st time aku buat,Alhamdulillah jadi elok..
Lembut gebu.. Sedap...kalau ada nyioq putih lagi sedap 😊

Jom tengok cara-cara membuat apam nasi ni

Bahan-Bahan

  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 1/4 cawan air suam
  • 3/4 gula halus
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar yis
  • 1/2 sudu kecil Garam halus

Cara-Cara

  1. Blend 3 bahan - nasi sejuk,  air dan gula halus sehingga hancur
  2. Kemudian masukkan tepung beras , tepung gandum dan yis dan kacau sebati 
  3. Akhir sekali masukkan garam,  kacau sebati
  4. Peram sehingga 1-2jam
  5. Tuangkan kedalam acuan yang disapu minyak 
  6. Kukus selama 15minit (pastikan air mendidih dahulu baru letak adunan tadi) 

Selamat Mencuba



LOVE,

No comments:

Post a Comment

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿