Apam Nasi 1st time aku buat,Alhamdulillah jadi elok..
Lembut gebu.. Sedap...kalau ada nyioq putih lagi sedap 😊
Jom tengok cara-cara membuat apam nasi ni
- 1 cawan nasi sejuk
- 1 1/4 cawan air suam
- 3/4 gula halus
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar yis
- 1/2 sudu kecil Garam halus
Cara-Cara
- Blend 3 bahan - nasi sejuk, air dan gula halus sehingga hancur
- Kemudian masukkan tepung beras , tepung gandum dan yis dan kacau sebati
- Akhir sekali masukkan garam, kacau sebati
- Peram sehingga 1-2jam
- Tuangkan kedalam acuan yang disapu minyak
- Kukus selama 15minit (pastikan air mendidih dahulu baru letak adunan tadi)
Selamat Mencuba
LOVE,
No comments:
Post a Comment