HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Thursday, November 29, 2012

TIPS KE HO CHI MINH CITY


Assalamualaikum.....
Mesti korang tertanya-tanya kan , kemana destinasi percutian aku bersama kawan aku...hihihi
Penutup Tahun 2012 aku akhiri dgn siri Jalan-Jalan Dengan BFF aku dengan meneroka Bandar Ho Chi Minh City,sebuah daerah di negara Vietnam yang tak pernah kami kunjungi sebelum ini.

Alhamdulillah, praise to Allah dapat gak aku sampai ke HCM ni.We booked the ticket a month before the departure date (cewah3x). Dah planned baik punya , tiket dah beli, hotel booked, pergi melenggang kangkung je uolssss..al-maklumlah..konon nak travel ala-ala backpackers . cuti pun dah lulus(my bos En Hubby) so "ON" sahaja plan kami walau dalam hati rasa kesian nak tinggalkan anak-anak.


Sebelum pergi, ada ler persediaan yang perlu aku buat. Berbulan-bulan aku google tgk review dr segala sudut untuk dapatkan info..Tak delah aku zero knowledge nak ke negara orang kan.
Eh byk pulak membebelkan...hihihi




Ok ni aku nak share few tips yang masih ingat lagi;-
Masa?
Vietnam lewat 1 jam daripada Malaysia

Cuaca?
Sama Malaysia tp aku rasa sana panas lg,sbb berpeluh2 gak la berjalan...hihihi

Matawang?
Dong. (VND) Lebih kurang macam ni ler RM15.70 = 100,000 VND. Aku bawak jadual anggaran pertukarang wang,so senanglah nak tahu harga sebenar sesuatu barang tu berapa.Kalau pandai korang boleh agak2 sendiri..Mmg senang. Aku tulis jer dalam buku nota,terpulang koranglah nak print kat atas hard paper. Standby 2-3keping sehari.. kot2 lunyai (mmg dh lunyai)....hihihi

contoh yg aku buat

lunyai...

Kalau tukar duit tu, better bawa sedikit VND & sdikit USD sedikit RM.Tak payah susah2 nak cr money changer kat sana,sbb aku survey2 rugi tukar disana.Mostly di sana pakai VD tapi USD diorang laaagi terima & RM pon ada setengah tempat terima..
Nak Tukar duit kat mana?
Aku tukar siap2 di KL,Rate pun mmg oklah.Aku dapat RM157=1,000,000 VND.Di LCCT cimb bank RM181.00 = 1,000,000,so better tukar siap2 di money changer berhampiran

Mata Wang apa yang sesuai dibawa?
Seperti yg aku bgth td,bawak VND pun boleh ,bawa USD pun boleh, bawa RM pun boleh juga.Byk tempat yang kita pergi dia org accept RM. Paling dia org suka USD. Kalau korang nak tukar USD pun boleh. Biasa diaorang akan bg harga dalam USD,kita kena tnya dalam DONG.biasalah nak ngap orang jer kerja org kat sana.. Lagi2 bila tahu kita ni org Malaysia dan pergi sana utk shopping,mmg diaorg akn ngap kaw3x lah.....nasib aku survey dulu before pergi...

Hotel?
Memandangkan kami ke HCM ala2 backpacker tu,so kami search di agoda,byk hotel-hotel 2-3bintang yg offer murah, byk pilihan korang boleh pilih ikut kesesuaian dan budget korang

 
kebanyakan attraction berada di District One so kami cari hotel di kwsn discrit 1,sbb misi kami meredah jalanraya ala-ala omputeh backpackers selalu buat tu.Entah berapa ribu kalori yang akn di bakar sepanjang perjalanan tu nanti....hihihi
Payung/Baju Hujan?
Time aku pergi cuaca panas,mmg aku xbawa pun benda2 ni...hujan pn xlah lebat,rintik2 dlm 2-3minit jer...tp mcm biasalah redah jer sbb hujan yg xlebat...klu korang g time hujan,pergi jer beli payaung kat pasar Ben Tham tu...

Toilet?
Aku nak gak bgth...rata2 toilet di sana xde air,korang bwlah spare air mineral @ wet tisu...huhuhu
nasib aku bw bag pack...kiri kanan botol air jer...hihihi

Sesuai tak bawa anak?
Kalau budak tu dah sekolah ok , tp kalau baby aku rasa kurang sesuai ,lagi-lagi di Sungai Mekong atau Chu Chi Tunnel.Nak-nak ank yg tengah lasak,baik tak yah bawa.Dalam Sungai Mekong tu buaya pun ado.Nak bawak buggy atau stroller tu boleh tak de masalah tapi memang tak sesuai bawak budak sebab kena turun naik bot 2-3 kali

Ubat-ubatan?
Amat diperlukan,lagi2 panadol...sbb aku smpai2 ja di bumi Saigon tu aku sakit kepala...orang lain tak tahu ler plak. Nasib kwn aku bawa yoko2 & minyak mustajab....malam sebelum tido aku sapu sbb sehari berjalan mmg kaki dan betis sakit. Hilang ler lenguh2 berjalan2 seharian. Bg yg ada kencing manis, darah tinggi.. jgn lupa bawa bekalan ubatan u ols..

Shopping?
Semasa berunding harga dengan peniaga di sana ,pastikan korang minta sehingga tiga kali murah dari harga sebenar.Jika korang dapati rundingan harga kurang berjaya,korang jln dr kedai tersebut dan korang akn dengar peniaga kedai memanggil korang semula dan bersetuju dengan harga yang dirundingkan tadi.

Luggage?
Huhuuu.. yang ni bab sedih.. masa beli tu tak hengat kan... So, bagi yang naik Air Asia, boleh la beli extra luggage awal-awal. 7kg hand carry. sbb di airport dia org akn check gila2 punya....1kg lebih dia caj 18USD. huhuu.. hambik ler ko kira sendiri. Sebelum check in tu, buat2 ler g timbang beg tu dulu. Klu tak duit melayang..huhuhu

Ok stop sini dulu.....
nantikan sambungan next episode cerita pengembaraan aku yg penuh cabaran ni....
waahhh....boleh episode gitew


2 comments:

  1. 2010 Penah smpai sana. Raser nk pegi lagi shopping di ben than market.. N buah2an dia sedap n manis2.. Beza rasa buah dia dgn di malaysia.

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

    No Hp / Whatsapp: +841269930648
    Fb: Loh Aeda
    Email: abdollohvet@gmail.com
    Blog: lohabdolloh.blogspot.com

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿