HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Friday, November 30, 2012

JELAJAH HO CHI MINH CITY Part 1


Assalamualikum....
Dah baca episode sebelum ni?Dah baca Alhamdullillah bagus...if belum pergilah buka entri tu baca sbb aku rasa tip2 tu mmg berguna sgt2 kalau korang nak ke HCM.

Sebelum aku cerita kisah aku di negara org, aku nak cerita sedikit lah sejarah latar belakang HO CHI MINH CITY.....HCMC ini sebenarnya lebih dikenali sebagai Saigon oleh penduduk tempatan atau mungkin penduduk dunia?mungkin yer....Selepas komunis mengambil alih Selatan Vietnam, nama Saigon ditukar kepada Ho Chi Minh bersempena kepada nama ketua komunis ketika itu. HCMC merupakan bandar terbesar di Vietnam dengan populasi penduduk sekitar 9 juta orang dan penduduk Islam di sini sekitar 3 ribu orang sahaja.

Cukuplah tu sejarah,klu korang nak tau lebih lanjut google la yer....

Barang semua dh siap,dh check semua...so bermulalah pengembaraan aku pada 20/11/2012 dari Kuala Lumpur (LCCT) flight kul 2.55pm dan aku smpai Vietnam kul 3.45pm waktu Malaysia 4.45pm...on time gak la smpai...

 
ni tngan kwn aku si Ana,dia order on9 nasi briyani...
nasi oklah sedap,tp yg tak puashati bg ayaq 100ml ja...apa dia,minum apa 100ml...
bglah logik sikit,bg cup yg besaq...



dah nak smpai...dh nmpk Delta Mekong....eh yer ke?
 
 wooowwww.....padat

Flight Landing dgn selamat dan kami berjalan ke Kastam Vietnam...tak susah,mudah jer dilepaskan,semua kaunter buka,so tak yah tunggu beratur lama2.
keluar jer pintu airport kami beli tiket teksi,RM40 for 1way,girl tu suggest kami beli siap2 utk balik so dpt RM70 for 2way...balik nnti just srh budak hotel call...

otw ke hotel 

HOTEL RUBY
185 Le Thanh Ton,Quan 1,Ho Chi Minh City

bilik yg kami booking triple room dgn harga RM560,harga murah sbb kami kongsi ber3.tp kawan aku yg seorang terpaksa cancel atas sebab-sebab tertentu,sbb itulah bilik kami besaq....

 
bilik mandi pun besaq...kik3x

view dr hotel...
klu xsalah dlm kul 4.30pm (vietnam)

rehatkan diri...mandi...sbb lps ni nak keluar cr makan....
makan kat mana?kena cari lah jwbnya....

Dari atas hotel tu dh dengar bunyi pin pon xberhenti-henti....huhuhu membuat kan hati kami nak turun jalan-jalan tgk keindahan malam di bumi Saigon ...sambil2 tu meriki kedai makan halal sbb perut pun dh berdondang sayang....

  
rakyat Malaysia

 
before tu aku nak story sikitlah Penduduk di Ho Chi Minh sahaja ialah 10 juta orang dan,7 juta ialah penunggang motorsikal.Rata-rata penduduk di sini menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama. Kalau tengok cara diaorg bawa motor ni memang takut. Ikut suka je nak jalan. Maybe sistem kita di Malaysia lain so bila tengok cara orang Vietnam ni bawa motor takut sikit lah bila nak melintas. kiranya moto ni mcm rajalah kat sana...bunyi pin pon tu dh biasa...klu ditempat kita org hon jer sure kita mrh,tp di sana bunyi tu dh sebati....di tepi jln juga ada polis pakai baju hijau dok tunggu, klu kita takut nak lintas polis tu akn tolong bw kita lintas....
 
polis ni jeling2 sbb aku nak ambil gmbr
nak senyum malu...kik3x

 
 
 
serious sesak.....ni depan pasar malam Ben Thanh
di KL jem kereta,di Saigon jem moto....

Jalan lagi dan kwn aku yg mata berkaca tu ternampak satu restoran ni....


ni lah kedai makan pertama yg kami jumpa CHAMPA HALAL FOOD
nama owner Haji Halim kami panggil pakcik jer, 
mmg ramah lah pakcik Halim ni,korang boleh tnya apa saja yg korang rasa nak tnya,dia akn bgth semua...boleh gitu info aku?Nasib pandai ckp melayu walaupun pekat Champa still boleh faham.
Kedai Champa ni bwh kedai jual baju,telekung dll,atas tu Pak Cik Halim buat Kedai Makan,

Vietnam Champa Coffee
VND 45,000 = RM7.00
ni mmg aku nak try sgt2 , sbb org kata vietnam ni famous kopi ...berlainan dgn kopi champa & kopi vietnam,dr segi rasanya....klu vietnam coffe tu lebih kepada rasa nescafe tp Champa Coffee ni aku tak reti nak bgth...tp mmg sedap,& kalau korang satu psr pun korang tak akn jumpa sbb kopi ni hanya dijual di kedai Pak Cik Halim, sbb ni kopi Keluaran Pak cik Halim sendiri,kopi bukit katanya...klu bancuh Kopi O rasa lain, klu ditambah susu rasa lain...itulah uniknya kopi Champa ini
*promote sikit...hihihi

ok nilah menu kami malam tu....

nasi @ beras di vietnam pendek2
mmg kenyang lah mkn,

Ayam Goreng Kicap Vietnam pilihan kwn aku
ayamnya yg ranggup , aku suka....smpai licin dibedal 

Sambal Sotong
 ni pun menu pilihan kwn aku...
sedap mcm sambal sotong di Malaysia

Tomyam Vietnam
aku pilih klu tak slh,tp atas persetujuan kwn aku gak la..hihihi
nak try mcm mana rupa tomyam,nmpk pelik kan,berserabut,apa benda dlm tu?
- ada tomato,nenas,umbut kiambang,cili, taugeh,daun ketumbar,ikan 2ketul...ish mcm2 lah aku nak ckp pn xtau,rasa ok sedap...sbb xpernah jumpa,xprnh mkn menu ni kan...
so klu uols pergi must try yer ini menu...

nmpk ikan...

buuurrrrrpppp.....kenyang
nasi xabis,lauk clear.... licin dibedal

terkejut Pak Cik Halim sbb dia kata kami mkn byk...memandangkan kami berdua so nmpk kami mkn byk lah yer...huhuhu

HARGA?
MAHAL GILA.....terkejut gak lah time nak byr tu....
arrrggggghhhh.....aku xkisah yg pasti aku menikmati setiap juadah
 the one & only Iera Azira, aku yg tak berapa nak comei....
1st time aku publish diri di blog aku,kik3x

tadi sebelum keluar dr kedai Pak Cik Halim.kami ringgan2 mulut bertanya,
utk trip esk dan kebetulan Pak Cik Halim akn ke tempat tu,so balik tido sbb esk pagi kul 8.00pagi waktu vietnam nak gerak ke tmpt yg kami plan tu... 

nak tau kami pie mana keesokannya? tunggu next episode....



1 comment:

  1. Banyak tak kedai makanan halal area Ruby Hotel ni? Kat mana ye?

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿