HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, May 20, 2019

RESEPI CORNFLAKES MADU TANPA BAKAR


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


15Ramadhan saja nak share resepi Cornflakes Madu Tanpa Bakar

Bagi aku cukup Mudah,  tak payah nak panaskan oven bagai.... Dan yang penting rangup

Jom tengok resepi simple cara aku ini.... Hihihi

1) Buttercup @ apa saja jenis butter- aku guna 1buku
2) CornFlake Nestle 500g
3) Madu - 1 cawan
4) Gula pasir - 5sudu
5) Coklat Rice 
6) Kismis


 CARA-CARANYA:-

1) Masukkan buttercup dan gula dalam kuali dan kacau sampai cair dan gula larut


2) Lepas tu masukkan madu dan kacau.


3) Bila dah agak2 menggelegak dan gula dah larut, terus matikan api.


4) Lepas tu masukkan semua corn flake dan gaul sekata. Gaul bagi rata

Penting gaul sekata sebab nak bagi dia melekat kan.


5) Lepas tu boleh lah kita masukkan dalam cup. Yang ni kena bertabah la, kalau buat 500g memang banyak.
Aku guna cup besau... Hihihi


6) Bila dah masukkan dalam cup tu kan, korang biar kejap dalam dulang ke apa, dalam 10 minit sebelum masuk dalam balang. Bagi dia lekat sikit kan. 




Ok, dah siap
Untuk 500gm Cornflakes dan guna Cup Besar dptlah 3bekas tu... Kalau guna cup kecil dah tentu-tentu byk kan

Lps ni takyah dok order dah cornflakes madu.... Buat sendiri jer...

Selamat Mencuba! 

LOVE,

9 comments:

  1. nk cuba buat lh..
    tq resepinya halalkan ye

    ReplyDelete
  2. saya guna 150g cornflakes. boleh pakai 1 buku butter ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. byknya.. kurangkan butter tu separuh pun boleh

      Delete
  3. Tqqq resepi... Selalunya sy bakar.. Tak konfiden pulak bila xda oven Ni...

    ReplyDelete
  4. Ni tahan brapa lama kalau dalam bekas? Boleh Tak buat seminggu sebelum raya?

    ReplyDelete
  5. Tq resepi..sy mmg nak cari tnpa bakar..sbb x de oven hihi

    ReplyDelete
  6. Madu tu memang secawan ya sis?...manis sgt tak nanti?

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿