Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan memulakan ibadah puasa bagi tahun 2019 maka mesti ramai kawan-kawan yang akan update status di Facebook nak kurus...nak diet kan.
jom sama-sama kita mengamal kan tip sihat ini.....
manalah tau kan ....boleh pakai kebaya merah pada hari raya nanti....hihi
Tip Diet Di Bulan Puasa:
1. Jangan tinggal sahur
Jangan tinggal sahur walaupun hanya dengan sebiji kurma. Sahur adalah sunnah. Jangan sebab alasan nak diet dan kurus maka korang tinggalkan sunnah ini.
2. Makanan rendah kalori
Semasa sahur pilihlah makanan yang tidak tinggi kalori, tinggi garam dan kurangkan makanan berlemak. (Elak lauk sahur korang dengan ikan masin, telur masin, mee segera atau sardin dan seumpamanya)
3. Pengambilan nasi / bihun / mee
Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow semasa sahur. Asal jumlah segenggam. Namun untuk jimatkan lagi kalori, korang boleh ambil karbo kompleks yang lain. Sama ada roti wholemeal atau pun oat.
4. Minuman manis
Tinggalkan segala minuman manis atau berkafien sepanjang sahur. minumlah air kosong banyak-banyak. kena tahu air kosong selamanya kosong kalori.
5. Kuantiti makanan semasa berbuka
Semasa berbuka puasa, tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan yang berkualiti.
6. Lauk pauk jenis rebus
Untuk lauk berbuka kalau korang tanya, pilih yang rebus-rebus atau pun bakar-bakar. Ikan masak asam pedas, ayam golek, ayam sambal ini semua ok. Jangan ambil yang bergoreng atau yang banyak guna sos atau kicap. (Charkuetiow, KFC, etc) Lebihkan yang bakar dan rebus.
7. Sayur dan buah-buahan
Sayur dan buah-buahan adalah menu yang jangan ditinggalkan sebagai tambahan serat dan vitamin dalam badan. Barulah makanan itu jadi seimbang dan korang akan nampak lebih bertenaga dan tidaklah kurus dalam keadaan yang nampak letih.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa .
LOVE,
No comments:
Post a Comment