Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dah berapa hari ini selera makan agak berkurangan. Mungkin sebab badan tak berapa sihat...Nak makan apa pun rasa macam tak selera aje dengan tekak.
Inilah yang aku nak kongsikan dengan korang semua sambal tok-tok (sambal totok).
Sambal tok-tok atau ada yang memanggilnya sambal totok di katakan popular di kalangan masyarakat Jawa.Sambal ini di katakan juga sebagai pembuka selera.
Cara membuatnya cukup mudah, dan rasanya memang sangat sedap..tapi untuk versi aku ni... Aku tak letak Ikan Bilis Goreng...
Dan bahan-bahannya adalah seperti berikut:
- 10-15 biji cili padi
- 4 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 3 ulas bawang putih - dihiris
- Sedikit belacan
- Minyak untuk menggoreng
- Garam & sedikit gula
- Limau kasturi
Cara-caranya:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah bersama belacan, garam gula dan angkat, toskan dan biarkan sejuk seketika.
- Tumbuk kesemuanya tumbuk kasar-kasar sahaja.
- Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda
SELAMAT MENCUBA
LOVE,
No comments:
Post a Comment