HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, September 30, 2019

GEGAR VAGANZA 6


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Sedikit teruja bila dapat tahu yang rancangan GEGAR VAGANZA 6 bakal kembali.

Lebih menarik lagi, berbanding tahun-tahun sebelum ini apabila pihak Astro telah mengumumkan penambahan seorang lagi peserta menjadikan ianya seramai 13 orang peserta bagi GV6.

Bintang-bintang Gegar Vaganza 6 terdiri daripada :


  1. Sham Visa
  2. Noorshila amin
  3. Naqiu Boboi
  4. Kumpulan Kool
  5. Roy
  6. Feeza
  7. Hady Mirza
  8. Mazleela
  9. Ameer sofarz
  10. Kumpulan One Nation Eemcees
  11. Nurfatima
  12. Wann
  13. Jat Black Dog Bone
Selepas lima musim bersiaran, GV musim ini juga masih mengekalkan pengacaranya yang sebelum ini, iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. 
Manakala untuk pengacara GV live, dikendalikan oleh Fiza Frizzy dan Bell Ngasri.
Bintang lagenda dari Indonesia, Hetty Koes Endang bakal menggalaskan tanggunghawab bersama dengan Datuk Ramli MS sebagai juri tetap.

GV6 akan mula bersiaran selama 8 minggu bermula pada 13 Oktober ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.


LOVE,

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿