HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, March 4, 2013

KHASIAT SAYURAN


Assalamualikum,

Apasal sejak 2menjak ni aku dok cerita , dok suka kongsi hal2 yg berkaitan kesihatan jer...sebab dulu cita-cita aku nak jd Doktor ,nak jd pakar pemakanan tp cita-cita aku tertinggal dalam poket, beralih arah ke bidang lain yg kearah kecantikan, dah berfamily ni bertukar position lagi....

Bila di rumah ni, hari2 aku masak ...punya nak bg ank aku makan so aku ceritalah kat anak-anak aku apa special yg dia org akn dpt kalau makan makanan yg aku masak tu....

Korang pernah terfikir khasiat-kahsiat yg terdapat dlm sayuran tak?
Ada yg aku tau ada yg aku tak tahu...so aku mengoogle lah maklumat2 yg aku rasa penting utk kita dan anak2.

Pisang - Redakan Stress
Pisang boleh meredakan stress. Bila rasa tertekan cuba makan sebiji pisang. Dengan hanya 105 kalori dan 14g gula, sebiji pisang boleh mengenyangkan kita disamping meningkatkan paras gula dalam darah. Ia juga mengadungi 30% daripada jumlah vitamin B6 yang diperlukan tubuh dalam sehari yang membantu otak merembeskan serotonin iaitu hormon yang membolehkan kita menghadapi krisis dengan tenang.

Strawberi - Ubat Luka Dan Kudis
Strawberi selain dari mempunyai rasa yang sedap ia juga boleh digunakan dalam perubatan tradisional . Buahnya yang kaya dengan vitamin C baik untuk menjaga kesihatan kulit. Daunnya boleh direbus dan diambil air rebusannya untuk digunakan bagi mencuci dan mengubati kudis ataupun luka. Daun strawberi yang telah direbus boleh ditampal kebahagian-bahagian luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.

Kucai - Ubati Masalah Wanita
Daun kucai mengandungi vitamin B, C, korotena dan komponen belerang yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Kucai selain boleh dimakan sebagai sayur daunnya juga boleh ditumbuk lumat dan dicampur air panas lalu diminum untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut

 
Bendi - Bantu Perkembangan Otak
Bendi mengandungi 2% protin, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang sesuai untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat gonorea, siflis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung.


Lobak Merak - Bersihkan Sistem Penghadaman
 Lobak merah sedap dimakan sebagai ulam atau dimasak. Selain sedap ia juga mempunyai banyak khasiat, contohnya ia baik untuk penglihatan kita. Ia juga baik untuk diet kita seharian bagi memastikan kesihatan kita kekal di tahap yang uptimum. Lobak merah mengandungi serat dan karotena iaitu sejenis vitamin A yang boleh membersihkan sistem penghadaman serta membuang lemak dengan cepat.


 Rupanya sayur-sayuran dan buah-buah ni selain mengandungi zat-zat yang baik untuk kesihatan tubuh badan ia juga boleh jadi penawar kepada sesetengah penyakit juga.

Hope sedikit info ini boleh mendatangkan manfaat utk kita semua
Bye3x

No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿