HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Monday, February 24, 2020

AIR SEJUK VS AIR SUAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Air sejuk vs Air suam
Mesti ada yg confuse dengan petua dan nasihat zaman dahulu tentang pengambilan air sejuk dan air suam.

Seingat saya lah,  org tua-tua cukup pantang betul kalau minum air sejuk. Perut buncit lah,  urat kembang lah, badan lemah la. Jangan tolak semua pantang larang tu.  Semua tu make sense jika kita faham fungsi dan kesan air sejuk vs air suam.

Rasanya kalau iklim macam di Malaysia ni,  majority semua suka minum air sejuk kan?

Jangan risau dengan mitos sebelum ini yang mengatakan air sejuk tidak baik untuk badan. Rupanya pengambilan air sejuk ada kelebihannya dengan syarat sesuai pada waktuya.

Bila tu?
1- Selepas Senaman
Suhu tubuh akan meningkat dan minum air yang sejuk akan menurunkannya kembali.

2-Melawan Panas
Minum air sejuk terutama pada musim panas baik untuk kesihatan tubuh. Air sejuk diserap dengan cepat oleh tubuh dibandingkan dengan air panas.

3- Kalau Nak Diet
Semua sedia maklum, metabolisma yg ditinggi sangat diperlukan kalau nak turunkam berat badan.  So cemana nak up kan metabolisma?

Jawapannya: minum air sejuk la. Selain tu bila mandi dengan air sejuk boleh naikkan metabolisma . Sebabnya badan kita work hard nak upkan suhu sejuk yang kita minum/mandi. Maka metabolisma kita pun akan naik

TAPI!  Jangan minum air sejuk ketika sedang makan

Minum air sejuk semasa makan atau selepas makan akan menyebabkan tubuh membuang banyak tenaga untuk meningkatkan suhunya. Ia akan melambatkan proses pencernaan yang hujungnya berkait dengan masalah lemak pada perut a.k.a perut buncit

Manfaat minum air panas:

1- Mempercepatkan pencernaan
Menurut perubatan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.

2- Mengeluarkan toksin dari tubuh
Minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit.

Untuk menambah khasiatnya, boleh tambah sedikit perahan atau potongan lemon dan minum setiap pagi.

3- Melancarkan Pernafasan
Air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.

4-Mengurangkan rasa sakit
Sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekaligus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi. Jadi jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.

So......lepas ni boleh lah kita amalkan pengambilan kedua2 jenis suhu air mengikut kesesuaian dan keperluan badan.

Para saintis buat Teori 3-3-3 tentang kehidupan manusia iaitu manusia boleh hidup:
3 minit tanpa oksigen
3 minggu tanpa makan
3 hari tanpa air

*ada jugak boleh hidup 8-10 hari tanpa air bergantung kpd suhu, tahap kelembapan udara,
serta tahap kesihatan.

Penting kan air?
Air kosong tanpa gula/ plain water. Bukan yg bergula.


Semoga bermanfaat.


LOVE,

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿