HOME MY LOVE MY CAT MY RECIPE TRAVELOGUE TUTORIAL BUSINESS

Friday, May 3, 2013

KEK BATIK

Assalamualaikum,

KEK BATIK !! KEK BATIK !! KEK BATIK !!

Awal-awal dh buka cerita bab makan...mcm mana tu? mcm mana apa ... mcm mana nak kurus lah labu :)

Actually dh lama kau buat, time aku menyepi aritu lah...hehehe, tapi baru bulan ni aku nak share...
mengidam kek sejak 2 menjak ni....so aku try buat...MENJADI HOKEY

*ikut suka korang nak pakai brand apa, ni brand yg aku beli :)


Bahan-bahan:

1 paket milo (saiz kecil)
1 bungkus biskut marie (Dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter (250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu cair. Kacau non stop
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat
7. Angkat, dan masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi
8. Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam
Sedia di makan
9. Dah siap utk di makan :)

 
no1 

  
no2 

No 3 & No 4

No 5 & No 6

No 7

No 8

No 9
 jemput-jemput makan.... hehehe

TIP  
Kalau nak kek batik jadi lembut, masukkan kek dalam fridge bahagian ais...
Keluarkan 30 minit awal sebelum makan...Kek mesti lembut dan senang dipotong


SELAMAT MENJAMU MATA 
SELAMAT MENCUBA  &

SALAM JUMAAT buat sekalian umat :)

bye3x


No comments:

Post a Comment

❤ RELATED POST ❤

✿ ALL RIGHTS RESERVED BY IERA AZIRA AZIZ ✿