Assalamualaikum
Telur adalah menu yang sangat digemari di pelbagai Negara. Biasanya di campurkan dengan bahan-bahan tambahan untuk menaikkan rasa . Cara memasak juga mudah, cukup dengan hanya MEREBUS .
Telur Separuh Masak + Lada + Kicap antara menu sarapan yang paling sedap. ..Hihihi
Kekadang aku sendiri sukar untuk memastikan telur yang aku rebus itu terlalu masak atau separuh masak atau kadang tu tak masak .. Huhuhu
Ok....pendek kan cerita
Aku jumpa timer ini di MR DIY , harga pun murah saja RM3.10
Alat ini sangat sensitif terhadap suhu panas yang berfungsi menentukan tingkat kematangan telur rebus.
Jadi kita memperoleh tekstur yang kita inginkan
Ada garisan skala soft, medium , hard yang berfungsi menentukan keadaan dari telur yang direbus
Yeaayyyyy...... Berjaya
Sangat mudah
Hasil telur yang aku rebus sehingga garisan dia atas medium
Selepas ni kerja merebus telur menjadi semakin mudah
#iklantidakberbayar
No comments:
Post a Comment